Jemari Seni
Fiy Square
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Fiy Square
Fiyya dan Afiy rapat sejak kecil. Pada Fiyya, Afiy itu sahabat terbaiknya. Tapi, ada ke lelaki dengan perempuan boleh jadi kawan tanpa rasa apa-apa?
Dan rasanya… mereka seakan terperangkap dalam formula Fiy x Fiy = Fiy²
Akan tetapi, tiba-tiba Afiy pergi meninggalkan Fiyya yang menyimpan seribu sesalan di hati. Tiada lagi Fiy² buat Fiyya.
Hafiy yang jatuh cinta pandang pertama pada Fiyya cuba mendekati gadis pendiam yang penuh rahsia itu. Dia cuba membina semula formula Fiy² namun tak pernah dipedulikan oleh Fiyya.
“Adakah akan ada lukisan warna-warni-Nya sesudah hujan?”
“Lukisan warna-warni?”
“Maksud saya pelangi. Agar ia mewarnai hidup awak semula.”
Kemudian, mereka dipertemukan semula di bumi UK. Segala-galanya terasa sempurna buat mereka. Seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah pada satu hari. Pada hari itu. Hari yang menjadi titik perubahan dalam hidup mereka sekali lagi, yang mengubah segala-galanya….
***
L, penulis berbakat yang berasal dari Bentong, Pahang ini merupakan lulusan Universiti Sains Malaysia (USM). Fiy Square merupakan karya pertamanya bersama Jemari Seni. Beliau aktif di Facebook, L Fiy Square dan boleh juga dihubungi melalui e-mel, lwriter145@gmail.com
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Persahabatan lelaki dan perempuan
- Cinta pandang pertama
- Kehilangan, sesalan dan perpisahan
- Kesempatan kedua dalam percintaan
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca novel romantik Melayu
- Pembaca yang menyukai kisah cinta bermula daripada persahabatan
- Pembaca yang gemar tema kehilangan, sesalan dan kesempatan kedua
- Pembaca remaja dan dewasa muda
Maklumat Buku
- Penulis: L
- Penerbit: Jemari Seni
- ISBN: 9789670851143
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg