• 7577
  • 8342
1

Suara Hati Publication

Dia Cinderella Amanda Oleh Emma Zara

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Dia Cinderella Amanda Oleh Emma Zara

Lima belas tahun di New York, Aireen Amanda akhirnya pulang ke Malaysia untuk menagih kasih ibu bapa kandungnya yang telah lama membuangnya sejak daripada kecil.

Tiba di Malaysia, sekali lagi Aireen didajalkan oleh kakak angkatnya, Maisarah. Kerana Maisarah, penampilan dan wajahnya yang cantik sudah tidak ubah lagi seperti seorang gadis gothic. Aireen semakin dibenci.

Zhariff Iskandar…. Lelaki yang paling digeruni Aireen sejak di New York lagi apabila Aireen tidak sengaja memalukan Zhariff di sebuah parti. Namun siapa sangka, lelaki itulah bakal suaminya nanti?

“Bagitau I Zhariff, siapa perempuan yang you cari tu!” - Maisarah

“I cari perempuan tu sebab I berdendam dengan dia! Sebab dia dah malukan I depan orang ramai. Sekarang puas hati you?!” – Zhariff

Walhal, Zhariff tidak pernah berdendam dengan gadis bernama Amanda itu. Cuma sekadar ingin mengembalikan gelang tangannya yang tercicir di parti sahaja.

Namun, kata-kata itu membuatkan Aireen semakin gerun dengan lelaki itu. Aireen terpaksa berpura-pura menjadi gadis gothic supaya Zhariff tidak mengenali wajahnya yang sebenar.

“Muka dah macam hantu!” - Zhariff

“Woi mamat! Mulut kau tu tolong jaga sikit. Nanti tak pasal-pasal aku tendang kau dari rumah ni.” - Aireen

Bertelingkah mulut sudah menjadi makanan harian mereka. Namun tatkala cinta sudah berputik, ada pula halangan yang mencemburui mereka. Angkara Naufal dan Nasya, Aireen yang tidak bersalah akhirnya digantung tidak bertali! Aireen semakin menderita.

Dapatkah salah faham antara mereka akan terlerai? Sedarkah Zhariff bahawa Cinderella Amanda yang dicarinya selama ini ialah isterinya sendiri?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta selepas perkahwinan dan hubungan enemiestolovers
  • Salah faham, dendam dan rahsia identiti
  • Penolakan keluarga serta pencarian kasih ibu bapa kandung
  • Penyamaran diri dan perubahan penampilan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang gemarkan novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta selepas perkahwinan
  • Pembaca yang menyukai trope enemiestolovers
  • Peminat cerita tentang salah faham, penyamaran dan rahsia identiti

Maklumat Buku

  • Penulis: Emma Zara
  • Penerbit: Suara Hati Publication
  • ISBN: 9789672300304
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan