• 8355
1

Suara Hati Publication

Terima Kasih Derita Oleh Emma Zara

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Terima Kasih Derita Oleh Emma Zara

Afeeya Daniella binti Datuk Ammar, gadis pan-Asia yang punya segala kelebihan. Namun kerana satu fitnah, Afeeya dibuang oleh bapa kandungnya sendiri pada hari kematian ibunya. Malah kerana fitnah yang sama juga, hubungan Afeeya dan kawan baiknya, Anissa telah musnah. Afeeya akhirnya terpaksa membawa diri dengan identiti yang disembunyikan. Namun takdir Allah, Afeeya terpaksa disatukan dengan lelaki yang begitu membencinya. Dialah Irfan Sufyan Tan Sri Yusuf!

“Fan akan kahwin dengan dia, tetapi dengan bersyarat. Fan tak nak sesiapa pun tahu Fan kahwin dengan dia. Lebih-lebih lagi daripada Nisa. Dan kalau Fan dapat tahu yang Nisa tahu hubungan Fan dengan perempuan ni, Fan takkan teragak-agak untuk ceraikan dia! – Irfan Sufyan

“Saya sedar diri saya di mata awak, Encik Irfan. Tadi awak ada kata yang awak seribu kali tak ingin dengan saya, kan? Tapi awak tak tahu yang saya sejuta kali tak inginlah dengan awak!” – Afeeya

Semenjak itu, hubungan mereka tidak pernah berubah dengan saling membenci. Namun tatkala cinta sudah hadir, Afeeya mendapat tahu bahawa Anissa yang pernah disebut-sebut suaminya rupa-rupanya ialah Anissa, bekas kawan baiknya sendiri. Afeeya reda… jika Anissa membongkar kembali fitnahnya di hadapan suaminya. Namun, sehingga bilakah Afeeya mampu merahsiakan identiti dirinya daripada pengetahuan semua? Adakah derita Afeeya akan berakhir juga pada akhirnya?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan terpaksa antara Afeeya dan Irfan yang bermula dengan kebencian serta syarat rahsia.
  • Fitnah, pengkhianatan dan keretakan hubungan antara Afeeya dengan keluarga serta sahabat baiknya.
  • Cinta yang berkembang daripada hubungan saling membenci kepada perasaan yang lebih mendalam.
  • Identiti tersembunyi dan rahsia masa lalu yang mengancam rumah tangga Afeeya dan Irfan.

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu penuh konflik.
  • Peminat kisah kahwin paksa dan tema benci menjadi cinta.
  • Pembaca yang suka plot fitnah, pengkhianatan serta rahsia identiti.
  • Peminat drama rumah tangga dan konflik keluarga.

Maklumat Buku

  • Penulis: Emma Zara
  • Penerbit: Suara Hati Publication
  • ISBN: 9789671675953
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan