Fajar Pakeer
Bukan Kerana Zalimnya Waktu Oleh Suzana Jumadil
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Bukan Kerana Zalimnya Waktu Oleh Suzana Jumadil
Bukan Kerana Zalimnya Waktu karya Suzana Jumadil membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Ayla Marlya. Pusaran takdir menguji nilai kesetiaan. Hukuman sangkala mengukur sebuah kebahagian. Tanpa disangka perpisahan yang terjadi kerana ego menjadi gendala paling berkuasa. Hubungan cinta Ahmad Izhan dan Ayla Marlya terhalang oleh orang tua yangmemiliki fahaman
Sinopsis Novel Bukan Kerana Zalimnya Waktu
Pusaran takdir menguji nilai kesetiaan. Hukuman sangkala mengukur sebuah kebahagian.
Tanpa disangka perpisahan yang terjadi kerana ego menjadi gendala paling berkuasa.
Hubungan cinta Ahmad Izhan dan Ayla Marlya terhalang oleh orang tua yangmemiliki fahaman politik yang berbeza. Izhan akhirnya membawa hati ke USA dan menjadi perisik CIA selama berbelas tahun. Ayla Marlya dikahwinkan dengan Ahmad Daniel.
“Jangan mengalah kepada takdir. Kebahagiaan itu pilihan. Kalau kita nak bahagia, kita pilihlah untuk bahagia. Dan… bahagia kita, bukan terletak kepada persepsi orang lain.” - AHMAD IZHAN
Bertahankah prinsip seorang wanita yang dilimpahi kasih cinta dan dibelai sempurna tanpa membalas tulus ikhlas sang perindu yang memujanya?
“Perpisahan atas pilihannya inilah yang membuatkan aku tidak mampu bertahan walau direnjis gerimis sekalipun “-AYLA MARLYA
Masihkah ampuh ego seorang lelaki bernama suami hingga tega melepaskan ikatan hanya kerana mahu mencuci dosa sendiri? Atau sekadar melepaskan rasa bersalah dalam diri?
“Waktu mungkin boleh merawat segalanya, tapi waktu tidak akan mampu membuatkan manusia lupa kepada kesakitan masa lalunya” - AHMAD DANIEL
Siapakah pilihan Ayla Marlya akhirnya?
Lelaki yang sesudah meninggalkannya berkali-kali, atau lelaki yang sudah berulang-ulang melukakan hati?
Mampukah kesetiaan diperjuangkan merentasi ujian waktu hingga ke titik penghabisan?
Ibarat kayu yang baru hendak berkenalan dengan api, tanpa disedari, kita sudah menjadi abu. Membakar rentung dan dunia menyaksikan, siapakah yang menang dalam membentuk kasih yang sejati.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Bukan Kerana Zalimnya Waktu
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Suzana Jumadil
- Terhina Sebuah Kemuliaan
- Hingga Nafas Yang Terakhir
- Ternoda Sebuah Fitrah