• 8157
1

Fajar Pakeer

Ternoda Sebuah Fitrah Oleh Suzana Jumadil

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Ternoda Sebuah Fitrah Oleh Suzana Jumadil

Ternoda Sebuah Fitrah karya Suzana Jumadil membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Mencintai. Tiada ruang kemaafan untuk kesilapan yang sengaja diulang-ulang Mencintai dan dicintai adalah nikmat hidup yang dipasak oleh kasih sayang. Lantaran kebebasan berfikir dan bertindak, dia tersungkur dalam mengenal makna kasih cinta. Dia alpa oleh dorongan nafsu

Sinopsis Novel Ternoda Sebuah Fitrah

Tiada ruang kemaafan untuk kesilapan yang sengaja diulang-ulang

Mencintai dan dicintai adalah nikmat hidup yang dipasak oleh kasih sayang. Lantaran kebebasan berfikir dan bertindak, dia tersungkur dalam mengenal makna kasih cinta.

Dia alpa oleh dorongan nafsu hingga terjebak menentang arus kelaziman bercinta.
Baginya, sesiapa saja boleh dicintai dan boleh dikasihi selagi jasad masih bernyawa.

“Why? A cleaner doesn’t have the right to fall in love? Is loving and being loved only for rich
people? - MOHAMMAD NASSIR

Kebijaksanaan yang berkembang terhalang oleh keangkuhan orang tua. Dia bagaikan dedaun hijau yang dipuput bayu saat dipergunakan untuk memenuhi kepentingan semua orang. Indahnya hidup tidak pernah dirasai dan dia pasrah kepada ketentuan Tuhan.

“Nikmatilah keseronokan hidup selagi bernyawa. Jangan pedulikan Fia. Doakan Fia depan Multazam nanti, semoga dipermudahkan hidup ni. Tak perlu doakan Fia cepat kaya, cukuplah sekadar hidup tak menyusahkan orang lain.” – FIA MAYA SARI

Dia tewas oleh amukan nafsu hingga ke hujung waktu yang dipertaruhkan. Namun, berputus asa tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya.

“l excuse myself from your life but I will be back. In this fight, I will not let this girl win.” - DARREN

Pengorbanan Fia seperti hamparan noda yang tidak akan hilang. Kebodohon Nassir adalah lemah dengan godaan dan belaian syaitan yang menjelma sebagai manusia.

Lebih menjijikkan, dia juga adalah syaitannya!

Mungkinkah Fia sudi memberikan kemaafan sesudah ditipu berkali-kali? Apakah keinsafan mampu bersatu dalam denyut nadi seorang insan yang menodai fitrah?

Permulaan yang dirancang tidak berakhir seperti yang diharapkan.

Takdir dan waktu bagaikan berselang-seli mengganggu permainan sehingga mengheret mereka mengenali makna hitam kelam kehidupan.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Ternoda Sebuah Fitrah

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Suzana Jumadil

  • Terhina Sebuah Kemuliaan
  • Hingga Nafas Yang Terakhir
  • Bukan Kerana Zalimnya Waktu