• 9313
1

Karyaseni

BLACK GHOST MegatAdri Oleh Lily Haslina Nasir

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

BLACK GHOST MegatAdri Oleh Lily Haslina Nasir

BLACK GHOST MegatAdri karya Lily Haslina Nasir menampilkan hubungan yang bermula dengan perselisihan dan kebencian sebelum bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka. Kisah ini berpusat pada Megat Adri. Ikrar Kesatria mengikat jiwa raganya. Bersumpah ­dengan cop 10 jari, membentuk peribadi. Megat Adri meneruskan legasi jiwa kesatria leluhurnya. Perut datuknya, Leftenan Hamdan, pernah terburai sewaktu bertempur dengan komunis di Betong, kekal seumur parutnya.

Sinopsis Novel BLACK GHOST MegatAdri

Ikrar Kesatria mengikat jiwa raganya. Bersumpah ­dengan cop 10 jari, membentuk peribadi.

Megat Adri meneruskan legasi jiwa kesatria leluhurnya. Perut datuknya, Leftenan Hamdan, pernah terburai sewaktu bertempur dengan komunis di Betong, kekal seumur parutnya. Di paha bapanya, Mejar Kamal, ­masih terbenam peluru sesat.  Terlalu banyak kisah silam dan rahsia perjuangan terdahulu yang dia.

Ada ketika kisah silam itu wajar dikuburkan agar tiada dendam kesumat membakar jiwa dalam diam.  Bagi lelaki ini, sejarah mampu mengasuh jiwa untuk lebih cintakan tanah air.

“Kenapa kau selalu mengelak. Kau takut cinta?” – MAWAR

“Perempuan yang menghimpit aku sambil ­lafazkan cinta, itu lebih bahaya daripada seribu anggota ­infantri.” – MEGAT ADRI

“Kau lelaki yang tak ada emosi?” – MAWAR

“Aku hanya setia pada Tuhanku, rasulku, agama aku, raja-raja aku dan tanah ini.” – MEGAT ADRI

Dia benci penaklukan jiwa.

“Penjajahan tidak sekadar penaklukan tanah, ­cengkaman minda itu lebih menggerunkan. Aku ­terlahir untuk bertarung, terlatih untuk membunuh, siap untuk mati tapi pada musuh, aku ingin ­berpesan. Awas, aku tidak akan pernah mati jiwa raga biar ­kepala sudah terpenggal.” – MEGAT ADRI

Air mata, darah dan nyawa menjadi taruhan. ­Rahsia ­menyertai BLACK GHOST ditutup rapat. Hanya Umar Alhaidhar dan rakan sepasukan yang tahu dialah Helang ­tambatan pasukan. Tiada siapa yang tahu waima bapa dan ­datuknya.

Di Putrajaya, dia bersabung nyawa dalam taufan peluru dan letupan. Semuanya demi kedaulatan tanah dikasihi.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel BLACK GHOST MegatAdri

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Romantik Thriller

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Lily Haslina Nasir

  • Layar Damar
  • Aku, Dia & Drama Queen
  • Aku, Dia & Gaun Pengantin
  • Kalbu Pun Berzikir
  • Tuhan Masih Mencintaiku