• 8252
1

Karyaseni

Aku Ada Kamu Oleh Lily Haslina Nasir

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Aku Ada Kamu Oleh Lily Haslina Nasir

Aku Ada Kamu karya Lily Haslina Nasir mengisahkan hubungan yang tercetus antara dua individu daripada dunia yang berbeza serta dipenuhi konflik emosi. Kisah ini berpusat pada Dura. Ikutkan hati, memang cincin awak bagi tu saya nak campak dalam lubang jamban... Rupanya perangai awak pun macam papan jamban buruk!” – Sofi Aidura “Tak apalah... Saya tak kesah Dura nak marah-marah. Saya faham Dura sebenarnya terkejut. Silap saya tak beritahu

Sinopsis Novel Aku Ada Kamu

“Awak inikan... Memang bebal, ya... Tak faham saya tak suka... Ikutkan hati, memang cincin awak bagi tu saya nak campak dalam lubang jamban... Rupanya perangai awak pun macam papan jamban buruk!” – Sofi Aidura

“Tak apalah... Saya tak kesah Dura nak marah-marah. Saya faham Dura sebenarnya terkejut. Biasalah... Silap saya tak beritahu awal.” - Farhan

Bengang betul Sofi Aidura. Sudah beribu kali dia katakan, antara dia dan Farhan hanya kawan. Tak lebih daripada itu. Lagipun Farhan tu cuma salah seorang daripada stok kekasih gelapnya. Tempat dia menghilangkan bosan bila Si Hisham sibuk.

Hilang isu peminangan Farhan, muncul pula risikan daripada si kapten. Ya ampun! Tepuk dahi mak ayah Sofi Aidura. Barangkali Sofi Aidura buat tawaran istimewa kepada sesiapa yang meminangnya pada bulan itu. Sekali lagi dia menolak.

Orang yang ditunggu-tunggu tak ada pula tanda-tanda mahu meminang dia. Nak buat macam mana? Dia tu perempuan. Nanti kalau ditanya, jawapan si lelaki tak seperti yang dia mahukan, dia juga yang malu. Pasrah ajelah.

“Abang Sham ni berkawan dengan Dura sebab kesiankan Dura, ya?” – Sofi Aidura

Kata orang, jodoh tak kemana. Di atas pelamin bersanding juga. Ketika Sofi Aidura dan Hisham di ambang bahagia, musibah datang menimpa.

Adakah sikap Sofi Aidura yang punya ramai kekasih menjadi sebabnya atau ada insan lain yang cemburukan kebahagiaan mereka? Puncanya? Tiada siapa yang boleh duga.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat nilai kekeluargaan.
  • Watak yang mudah dihayati.
  • Menyentuh emosi pembaca.

Genre Novel Aku Ada Kamu

  • Novel Melayu
  • Kekeluargaan
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat drama keluarga.
  • Pembaca dewasa.
  • Peminat kisah kehidupan.

Novel Berkaitan Lily Haslina Nasir

  • Layar Damar
  • Aku, Dia & Drama Queen
  • Aku, Dia & Gaun Pengantin
  • BLACK GHOST MegatAdri
  • Kalbu Pun Berzikir