Karyaseni
Akulah Si Heroin Oleh Syu Ariani
- Regular price
- RM 26.00
- Sale price
- RM 26.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Akulah Si Heroin Oleh Syu Ariani
Akulah Si Heroin karya Syu Ariani menampilkan hubungan yang bermula dengan perselisihan dan kebencian sebelum bertukar menjadi sesuatu yang tidak dijangka. Kisah ini berpusat pada Aliya Jasmine. Pertama kali bertemu selepas bertahun-tahun tidak bersua muka, Aliya dan Haziq tetap menjadi seteru sama lain. Semuanya gara-gara stalker tegar Haziq yang menggunakan nama 'Aliya J' hingga tercetusnya salah faham di antara mereka. Kat luar, kau jadi Mental,"
Sinopsis Novel Akulah Si Heroin
Pertama kali bertemu selepas bertahun-tahun tidak bersua muka, Aliya dan Haziq tetap menjadi seteru sama lain. Semuanya gara-gara stalker tegar Haziq yang menggunakan nama 'Aliya J' hingga tercetusnya salah faham di antara mereka.
"Kau memang merenglah. Kat Mikro, kau jadi Melur. Kat luar, kau jadi Mental," - Alif Haziq "Kau? Bidadara? Ha. Ha. Ha. Raksasa, iyalah kut!" - Aliya Jasmine
Disebabkan Suraya dan Farizul, si internet-internet tak bertauliah, akhirnya Haziq melamar Aliya.
"Jadi isteri aku, Aliya Jasmine. Let me be your man," - Alif Haziq "Genetik gila sepatutnya dihapuskan. Aku tak nak kembangkan pula!" - Aliya Jasmine
Berkali-kali Haziq melamar, berkali-kali jualah Aliya menolak. Namun apabila satu peristiwa hitam berlaku dan Haziq muncul sebagai pelindung dan penyelamat, Aliya tidak dapat menolak lagi.
Di saat hati disapa bahagia dan mulai menerima satu sama lain, ada pula insan menaruh cemburu. Fitnah dilempar sehingga Haziq mula mempertikaikan segala-galanya tentang mereka. Aliya pula menemui sesuatu milik Haziq yang membuatkan dia mempersoalkan ketelusan perasaan Haziq.
"I'm starting to doubt everything. Kau betul-betul ikhlas dengan aku ataupun tidak?" - Alif Haziq "Aku silap. Kau yang tak layak untuk aku. You don't deserve my heart, my loyalty and my trust," - Aliya Jasmine
Alif Haziq tidak layak untuk Aliya Jasmine. Aliya sudahpun putuskan itu tetapi kenapa hatinya sendiri bagaikan dirobek-robek? Haruskah dia mempercayai ungkapan rindu Haziq walaupun selepas lelaki itu nyatakan kebenciannya? Dan Haziq sendiri... Mampukah dia melepaskan Aliya, si heroinnya?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Akulah Si Heroin
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Syu Ariani
- 100 Hari Mengenal Cinta
- The Player
- Ursula
- Anastasia
- Bahagia Milik Aku