• 8838
1

Fajar Pakeer

Bahagia Milik Aku Oleh Syu Ariani

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Bahagia Milik Aku Oleh Syu Ariani

Bahagia Milik Aku karya Syu Ariani membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Keluarga. Kadang-kadang satu keadaan boleh bawa kita pada kebahagiaan yang sejati. Kadang-kadang satu niat buruk boleh bawa kita pada keikhlasan yang tak bertepi. Namun, jika tersilap haluan bersedialah membawa ke neraka dunia. York menjadi saksi Akif dan Syadha

Sinopsis Novel Bahagia Milik Aku

Kadang-kadang satu keadaan boleh bawa kita pada kebahagiaan yang sejati. Kadang-kadang satu niat buruk boleh bawa kita pada keikhlasan yang tak bertepi. Namun, jika tersilap haluan bersedialah membawa ke neraka dunia.

York menjadi saksi Akif dan Syadha bernikah tanpa rasa cinta, York juga menjadi saksi mereka saling jatuh cinta. Namun sekembalinya ke Malaysia.

“Nur Syadha Alani... I’m proposing to you to be my wife. My real wife.” – AKIF HAYYAN

Dalam pada hati tak rela, Syadha menuntut perpisahan. Tetapi dia tersilap haluan. Perpisahan dengan Akif telah membawa Syadha kembali ke jalan mati, yang selama ini mahu dia jauhi.

Keluarga yang sewajarnya menjadi tempat untuk berlindung, keluarganya juga yang tak sudah-sudah meracunnya dengan setiap kata dan perbuatan. Sungguh, setiap detik yang berlalu begitu menyeksakan apalagi tanpa Akif di sisi!

“Demi Allah, aku rindu kau sangat-sangat, Kif.” – Nur Syadha Alani

“Aku rindu kau juga. God, I miss you like crazy.” – Akif Hayyan

Syadha enggan melepaskan Akif. Lelaki itu ialah bahagia miliknya, yang takkan sesekali dia lepaskan. Tak kiralah tentangan daripada keluarganya atau terbongkarnya rahsia yang selama ini dipendam, Syadha nekad untuk pertahankan kebahagiaannya.

“Just lie to me. Shower me with your lies. Aku rela dibohong kau.” – Akif Hayyan

Benarkah ada sinar bahagia sebegitu yang menantinya? Bukankah hidupnya tidak bernilai, lahirnya membawa sial seperti yang diracun di fikirannya sejak dilahirkan?

“Sedar sikit kau tu anak tak dirancang. Aku tak nak kau, tapi kau tetap lahir juga! Cuba buat perangai elok sikit, jangan menyusahkan aku! Anak derhaka! Menyesal aku lahirkan kau!” – Puan Siti

Cinta dan keluarga… Syadha mahu memiliki kedua-duanya. Masih adakah cinta Akif buat Syadha, setelah Akif tahu kisah sebenar? Dapatkah Syadha merasakan hatta secebis kasih sayang daripada keluarganya?

Ketika nadi memisahkan, hati tak pernah berhenti merindui. Ketika jasad berjauhan, jiwa tak pernah berhenti menyeru namamu.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Bahagia Milik Aku

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Syu Ariani

  • 100 Hari Mengenal Cinta
  • The Player
  • Ursula
  • Akulah Si Heroin
  • Anastasia