• 1411
1

Kaki Novel

AD+IZ

Regular price
RM 21.00
Sale price
RM 21.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis AD+IZ

Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.

Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.

Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.

Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.

Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.

Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.

Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.

Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.

Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Perkahwinan akibat salah faham, syarat dan perjanjian
  • Cinta selepas berkahwin serta konflik cinta tiga segi
  • Pengorbanan, penderaan emosi dan masalah keluarga tiri
  • Rahsia identiti, asalusul keluarga dan pencarian ayah kandung

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel cinta selepas berkahwin
  • Peminat kisah kahwin paksa, kahwin kontrak dan hubungan penuh konflik
  • Pembaca yang suka watak wanita tabah serta berdikari
  • Peminat drama keluarga, rahsia keturunan dan perebutan harta

Maklumat Buku

  • Penulis: Eury Athena
  • Penerbit: Kaki Novel
  • ISBN: 9789675067495
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan