• 2492
1

Kaki Novel

Aku Untukmu

Regular price
RM 20.00
Sale price
RM 20.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Aku Untukmu Oleh Tulip Ungu

Aku Untukmu karya Tulip Ungu membawa pembaca menyelami konflik perasaan apabila hati terpaksa membuat pilihan antara lebih daripada seorang insan. Kisah ini berpusat pada Perkahwinan. Kerana terikat dengan budi yang ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dalam terpaksa. Namun semua yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar seringkali bersikap dingin dan terlalu

Sinopsis Novel Aku Untukmu

Kerana terikat dengan budi yang ditabur oleh Datuk Hassan, Ardini menerima ikatan perkahwinan itu dalam terpaksa. Namun semua yang berlaku adalah takdir yang telah ditentukan untuknya. Akan adakah bahagia andai Izhar seringkali bersikap dingin dan terlalu ego. Berbekalkan ketabahan dan kesabaran, dia kuat menanggapi pasang surutnya sikap Izhar namun apabila seringkali diasak dengan keegoan Izhar yang tidak bertepi, Ardini akhirnya pasrah. Andai dirinya bukan tercipta untuk Izhar, maka biarlah dia menarik diri.

Perkahwinan yang diatur oleh Datuk Hassan bersama Ardini menyebabkan dia tidak betah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tambahan lagi, Ardini bukanlah calon yang sempurna untuknya. Rasa benci menyebabkan Izhar melakukan pelbagai cara supaya Ardini terseksa dalam ikatan perkahwinan yang dibina. Namun semakin dia cuba membenci Ardini, rasa sayang semakin bertaut di hatinya. Apakah ada cinta untuk Ardini dalam hatinya. Kelembutan Ardini menyebabkan kedinginannya semakin menghilang dan egonya runtuh.

Mampukah kelembutan Ardini mencairkan keegoan Izhar yang selama ini menyelimuti perkahwinan mereka? Mampukah Izhar mencintai Ardini sedangkan gadis itu bukanlah pilihan hatinya? Bagaimana pula Ardini betah bertahan dengan sikap dingin dan ego Izhar yang tinggi melangit? Andai aku tercipta untukmu, pasti bahagia itu milik kita.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Aku Untukmu

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Tulip Ungu

  • Kerana Aku Isteri Bidaan
  • Kembalikan Merah Cintaku
  • Hadirkan Cinta Buat Aku
  • Bukan Isteri Sempurna