• 2209
1

Jemari Seni

Bintang-Bintang Ke Syurga

Regular price
RM 19.00
Sale price
RM 19.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Bintang-Bintang Ke Syurga

Urusan ini perutusan cinta.
Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang  kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.

Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.

Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?

* * * *

Dengarkan bisikan cinta XARINE sang insinyur yang berbicara fasal cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan reda Ilahi.

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta dan kasih sayang berlandaskan ajaran Islam
  • Keimanan kepada qada dan qadar Allah
  • Persoalan sekufu dalam jodoh dan perkahwinan
  • Perbezaan darjat, kekayaan dan latar belakang kehidupan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel cinta Islamik
  • Pembaca yang meminati kisah jodoh dan perkahwinan
  • Remaja dan dewasa yang mencari bacaan berunsur kerohanian
  • Pembaca yang berminat dengan persoalan sekufu dan perbezaan darjat

Maklumat Buku

  • Penulis: Xarine
  • Penerbit: Jemari Seni
  • ISBN: 9789675118227
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan