Fajar Pakeer
Panggil Aku Milikmu Oleh Eyla Hime
- Regular price
- RM 24.00
- Sale price
- RM 24.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Panggil Aku Milikmu Oleh Eyla Hime
“Aku tahu kau tertekan dengan masalah hidup kau. Tapi, bunuh diri bukan caranya!”- AAFIYA
Kali pertama pertembungan, salah faham berlaku. Wafeeq tak kisah sangat tentang perkara itu. Sebab dia fikir, itu adalah kali pertama dan terakhir dia akan jumpa Aafiya.
Tapi...
Sejak nama Aafiya, pelakon wanita terkenal tanah air muncul dalam kamus hidupnya, Wafeeq rasa keamanannya selama ini seakan-akan terganggu. Lebih-lebih lagi, bila Aafiya mula jadi jirannya dan rapat dengan Haris.
Wafeeq rasa Aafiya penceroboh. Penceroboh yang cuba mencerobohi tembok kehidupan peribadinya.
“Orang akan tetap kata aku gila. Orang akan tetap kata aku lemah iman. Kau pun tahu, kan?
Just how cruel and ignorant people can be?” - AAFIYA
Namun, entah sejak bila, kehadiran Aafiya juga semakin memberi kesan pada Wafeeq.
Wafeeq sendiri tidak dapat memahami perkara itu.
Barangkali kerana hatinya terusik melihat dugaan dilalui Aafiya. Semakin lama, dirinya semakin mahu melibatkan diri dalam kehidupan Aafiya.
“Doesn’t matter. Sekalipun kau cuma akan melukakan aku, perasaan aku pada kau takkan berubah.”-WAFEEQ
Selama ini, Wafeeq tidak fikir akan jatuh cinta sekali lagi. Sehinggalah Tuhan mengariskan perjalanan kisah mereka.
Soal hati dan perasaan, siapa saja yang dapat jangka?
Andai ditakdirkan dua jiwa bersatu, dari ufuk mana pun datang, mereka pasti bertemu kerana hati lebih tahu apa yang ia mahu.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kesihatan mental dan pemikiran untuk membunuh diri
- Stigma masyarakat terhadap individu yang mengalami tekanan emosi
- Percintaan antara orang biasa dengan selebriti terkenal
- Hubungan jiran, salah faham dan tembok kehidupan peribadi
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel romantik kontemporari
- Pembaca yang tertarik dengan kisah cinta antara selebriti dan orang biasa
- Pembaca yang ingin memahami isu kesihatan mental dan tekanan emosi
- Pembaca yang menyukai plot salah faham, hubungan jiran dan cinta perlahanlahan berkembang
Maklumat Buku
- Penulis: Eyla Hime
- Penerbit: Fajar Pakeer
- ISBN: 9789838220422
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg