Fajar Pakeer
Pembantu Cik Medusa Oleh Eyla Hime
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pembantu Cik Medusa Oleh Eyla Hime
Pembantu Cik Medusa karya Eyla Hime mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Medusa. Senyumnya juga sesuatu yang jarang sekali dilihat, ala-ala tujuh keajaiban dunia. Namun, dia mampu buat warga Muse meremang bulu roma. Bila perlu berdepan dengan wanita 34 tahun itu, usus masing-masing rasa macam kena pulas. Sebab itulah ketua editor Muse itu
Sinopsis Novel Pembantu Cik Medusa
Orangnya tenang tak banyak cakap. Senyumnya juga sesuatu yang jarang sekali dilihat, ala-ala tujuh keajaiban dunia. Namun, dia mampu buat warga Muse meremang bulu roma. Bila perlu berdepan dengan wanita 34 tahun itu, usus masing-masing rasa macam kena pulas.
Sebab itulah ketua editor Muse itu digelar Cik Medusa. Tak perlu buka mulut. Hanya dengan renungannya yang tajam bak mata pedang itu saja, Lisa boleh buat sesiapa saja bertukar keras macam batu tak bernyawa.
Impresi pertama Firdaus terhadap wanita itu adalah negatif. Ah, pendek kata si Medusa itu teruklah. Sebab itulah mulut Firdaus ini rajin menyindir dan menjawab. Firdaus terlupa agaknya yang Lisa adalah bos dia dan dia cumalah Pembantu PA wanita itu.
Bila Adam, muncul dan tiba-tiba buat drama TV pukul 7.00 petang di hadapan pekerja-pekerja Muse, Lisa pun ikut berdrama dengan mengakui bahawa dia sudah jatuh hati pada Firdaus.
Gila! Firdaus rasa Cik Medusa itu gila sebab mahu dia jadi tunangnya.
Tapi, lepas dia jadi tunang Lisa, Firdaus pulak terancam bila Adam bergedik santai dengan Lisa. Tak boleh jadi ni… Cik Medusa, tunang dia kut!
“Kenapa you masih nak I kahwini you sedangkan I dah kata I tak nak?” – LISA
“Do you really want me to answer that question?” – FIRDAUS
Lepas dah bertunang, pembantu Cik Medusa itu pula yang jadi gila. Firdaus tak faham kenapa Lisa macam itu. Tapi, Firdaus lebih lagi tak faham kenapa dia macam ini.
Akankah perasaan itu membawa kepada pengakhiran yang manis? Atau ia adalah satu kesilapan yang menoktahkah segalanya?
Mereka adalah seperti dua garisan selari. Tidak sepatutnya bertembung. Namun, entah bagaimana… tanpa diduga, garisan kehidupan mereka bersilang di satu titik.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Pembantu Cik Medusa
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Eyla Hime
- Kekasih Upahan
- Setelah Aku Pilih Dia
- Jangan Cintai Aku
- Aku Takkan Suka Kau!
- Maafkan Abang