Karyaseni
BLACK GHOST MegatAdri Oleh Lily Haslina Nasir
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis BLACK GHOST MegatAdri Oleh Lily Haslina Nasir
Ikrar Kesatria mengikat jiwa raganya. Bersumpah dengan cop 10 jari, membentuk peribadi.
Megat Adri meneruskan legasi jiwa kesatria leluhurnya. Perut datuknya, Leftenan Hamdan, pernah terburai sewaktu bertempur dengan komunis di Betong, kekal seumur parutnya. Di paha bapanya, Mejar Kamal, masih terbenam peluru sesat. Terlalu banyak kisah silam dan rahsia perjuangan terdahulu yang dia.
Ada ketika kisah silam itu wajar dikuburkan agar tiada dendam kesumat membakar jiwa dalam diam. Bagi lelaki ini, sejarah mampu mengasuh jiwa untuk lebih cintakan tanah air.
“Kenapa kau selalu mengelak. Kau takut cinta?” – MAWAR
“Perempuan yang menghimpit aku sambil lafazkan cinta, itu lebih bahaya daripada seribu anggota infantri.” – MEGAT ADRI
“Kau lelaki yang tak ada emosi?” – MAWAR
“Aku hanya setia pada Tuhanku, rasulku, agama aku, raja-raja aku dan tanah ini.” – MEGAT ADRI
Dia benci penaklukan jiwa.
“Penjajahan tidak sekadar penaklukan tanah, cengkaman minda itu lebih menggerunkan. Aku terlahir untuk bertarung, terlatih untuk membunuh, siap untuk mati tapi pada musuh, aku ingin berpesan. Awas, aku tidak akan pernah mati jiwa raga biar kepala sudah terpenggal.” – MEGAT ADRI
Air mata, darah dan nyawa menjadi taruhan. Rahsia menyertai BLACK GHOST ditutup rapat. Hanya Umar Alhaidhar dan rakan sepasukan yang tahu dialah Helang tambatan pasukan. Tiada siapa yang tahu waima bapa dan datuknya.
Di Putrajaya, dia bersabung nyawa dalam taufan peluru dan letupan. Semuanya demi kedaulatan tanah dikasihi.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Kepahlawanan, keberanian dan pengorbanan seorang anggota pasukan khas.
- Operasi rahsia BLACK GHOST serta perjuangan mempertahankan kedaulatan negara.
- Warisan sejarah ketenteraan dan legasi perjuangan keluarga Megat Adri.
- Konflik antara patriotisme, kesetiaan kepada negara dan rahsia masa lalu.
Buku Ini Sesuai Untuk
- Pembaca yang menggemari novel aksi dan ketenteraan.
- Peminat kisah pasukan khas, operasi rahsia dan misi berbahaya.
- Pembaca yang menyukai tema patriotisme serta perjuangan mempertahankan negara.
- Peminat novel dengan watak lelaki berjiwa keras dan penuh rahsia.
Maklumat Buku
- Penulis: Lily Haslina Nasir
- Penerbit: Karyaseni
- ISBN: 9789674692087
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg