• 2921
1

Karyaseni

Seru Saja Bintang Itu Oleh Syima Syawal

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Seru Saja Bintang Itu Oleh Syima Syawal

Waktu kecil-kecil dulu, si gemuk memang suka sangat mengusik Nurina. Mentang-mentanglah anak majikan ibu, asyik Nurina saja yang harus mengalah.

“Hmmm... Boleh tak kalau kau jangan panggil aku gemuk?”

“Alah… Aku dah biasa panggil macam itu, kan? Kenapa mesti nak tukar pula? Takkan sebab aku panggil kau gemuk pun kau nak merajuk macam ni?”

KHAIRY ADRIAN. Lelaki yang muncul dalam hidup Nurina bersama dengan satu ugutan. Semenjak kehadirannya, hidup Nurina jadi kacau dan tak pernah aman.

“Kau kena ingat... Kau ada hutang dengan aku. Kau ingat semudah itu aku nak lepaskan kau? Kalau kau terima pelawaan aku ni, hutang lima ribu tu hangus. Kalau tidak… kau patut fikirkan apa yang bakal kau terima.” – Khairy Adrian

Tapi NURINA cuba menangkis rasa sakit hatinya terhadap Khairy Adrian dengan mengingat kenangan manisnya bersama si gemuk. Di mana gemuk? Bagaimana cara dia hendak bertemu semula dengannya?

“Pergilah balik, menyibuk aje.”

“Mentang-mentang ada jajan, kau sombong dengan aku ya. Tak apa. Nanti kalau waktu kau susah, jangan sibuk cari aku. Aku balik, gemuk!”

Tapi, kenapa takdir menemukan Nurina dengan Khairy Adrian?

“Awak nak semula ke baju ni? Kalau betul nak semula, lepas saya basuh periuk besar tu, awak bolehlah ambil semula.” – Nurina

“Buat apa nak ambil baju, lebih baik ambil orangnya.” – Khairy Adrian

Setelah mengetahui kebenaran, akhirnya kedua-duanya cuba mengalah dan mengakui perasaan yang sudah lama terpendam.

Tapi adakah lafaz cinta Khairy Adrian itu mampu menjanjikan yang kebahagiaan akan menjadi milik mereka selamanya? Semua keputusan itu hanya mereka saja yang mampu menjawabnya…

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Cinta zaman kanakkanak dan kenangan silam
  • Pertemuan semula selepas sekian lama
  • Konflik hutang, ugutan dan salah faham
  • Pengorbanan serta keberanian membuat keputusan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta zaman kanakkanak yang berkembang menjadi percintaan dewasa
  • Pembaca yang menyukai tema pertemuan semula dan peluang kedua
  • Peminat kisah cinta dengan konflik hutang, ugutan dan salah faham

Maklumat Buku

  • Penulis: Syima Syawal
  • Penerbit: Karyaseni
  • ISBN: 9789670246352
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan