• 8392
1

Fajar Pakeer

Setiap Langkahmu Ada Takdirku Oleh Syima Syawal

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Setiap Langkahmu Ada Takdirku Oleh Syima Syawal

Setiap Langkahmu Ada Takdirku karya Syima Syawal membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Dhul Fiqar. Cinta pertama memang sesuatu yang agung. Sentiasa dikenang dan dibajai oleh rasa manis kisah silam. Afina, seorang wanita yang sangat setia, namun sering dilukai perasaannya. Kesabaran Afina semakin tergugat saat Uzza mula mengejar cinta pertamanya. Kalau

Sinopsis Novel Setiap Langkahmu Ada Takdirku

Cinta pertama memang sesuatu yang agung. Sentiasa dikenang dan dibajai oleh rasa manis kisah silam. Tidak mampu diusir pergi. Begitulah indah yang dilakarkan.

Afina, seorang wanita yang sangat setia, namun sering dilukai perasaannya. Kesabaran Afina semakin tergugat saat Uzza mula mengejar cinta pertamanya.

“Tolong jangan buat saya jadi lebih gila. Kalau kesabaran saya dah hilang, entah kerja gila apa lagi yang bakal saya buat.” - AFINA

Begitu juga dengan lelaki yang bernama Dhul Fiqar. Dia punya segalanya. Ditaburi dengan kemewahan, terasa dunia bagaikan dia yang punya. Tapi, kenapa tiada istilah indah dalam hidupnya?

“Kadang-kadang aku sedih sebab aku tak berjaya menjadi khalifah yang sempurna di muka bumi ini...” – DHUL FIQAR

Mereka sangka, lakaran kisah itu terhenti di situ. Rupanya setiap langkah mereka, takdirnya serupa. Pertemuan demi pertemuan, Afina cuba menghindar, namun bayangan Dhul Fiqar bagaikan mengejar.

Hubungan antara mereka rupanya membuka ruang fitnah dek kerakusan manusia yang tamak dan penuh dengan pendustaan.

“Awak nak apa ni? Saya tak nak jadi bahan fitnah orang lagi. Terus terang saya serik.” – AFINA

“Jangan paksa saya melupakan awak, saya tak mampu. Tolong Afina, tolong jangan paksa saya...” - DHUL

Di saat dia mengikat nama yang tertulis, mengapa hadir lagi lelaki yang menambahkan beban jiwanya?

Di mana seharusnya langkah takdirnya berakhir? Bersama cinta pertama atau ternoktah di cinta terakhir?

Bagaikan sebuah takdir yang telah tercatat dan terpalit. Tidak mampu mengusir rasa sakit, akhirnya mereka mengalah walaupun perit. Melepaskan segalanya agar tidak terhimpit lagi perasaan pahit.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Setiap Langkahmu Ada Takdirku

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Syima Syawal

  • Kopiah Buat Zauji
  • Sepahit Kopi Semanis Cham
  • Jangan Pandang Sebelah Mata, Bro!
  • Pergi
  • Seru Saja Bintang Itu