• 2178
1

Jemari Seni

Grrr... Geramnya!

Regular price
RM 21.00
Sale price
RM 21.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Grrr... Geramnya!

nafsu amarah yang keterlaluan itu sifatnya syaitan

FEEZA berjaya membuat kita ikut rasa geram bersama Ila. Jom Grrr... Geramnya! dan ketawa dengan gelagatnya.

Senario 1:

“Gaji awak naik berapa?”

“Cukup makan aje,” jawab Chan dengan nada sedih.

Yahuuu!!! Kalau bernada sedih pasti kenaikan gaji Chan lebih rendah daripada aku.

“Tahulah sikit. Tapi berapa?” tanyaku lagi.

“Lima belas peratus aje.” Chan menjawab soalan aku dengan nada bersahaja.

“Apa???”

Senario 2:
Selepas sejam aku keluar ke ruang menunggu untuk bertanya.

“Lama lagi ke?”

Grrr... aku menahan marah.

“Oh, maaf. Mr Mai masih di KL,” jawab Fiona.

Empat jam kemudian.

“Cik Sheila di mana? Mr Mai sudah sampai.”

Hah! Baru nak sampai? Kalaulah aku ni pecah ketuban sebab nak beranak sudah lahir bayi aku.

Ila sentiasa marah. Ila sentiasa grrr.... Peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam hidupnya serba tak kena. Yang betul nampak salah. Yang salah sudah tentunya salah.

Suatu hari...

“Helo, saya Firdaus.” Dengan beraninya lelaki itu memperkenalkan dirinya. “Kerja di mana?”

Nak jawab apa? Nak mengaku menganggur malu. Nak tipu takut kantoi. Nak mereka-reka cerita aku tak mahir.

“Maaf, saya nak jumpa kawan kejap.” Aku minta diri dengan sopan. Alasan saja tu!

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Pengurusan emosi dan kawalan kemarahan
  • Gelagat lucu dalam kehidupan seharian
  • Konflik dan tekanan di tempat kerja
  • Salah faham serta reaksi berlebihan

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca novel Melayu yang gemar kisah komedi
  • Pembaca yang berminat dengan tema pengurusan emosi
  • Golongan dewasa yang berdepan tekanan di tempat kerja
  • Pembaca yang suka watak utama dengan gelagat spontan dan mencuit hati

Maklumat Buku

  • Penulis: Feeza
  • Penerbit: Jemari Seni
  • ISBN: 9789675118661
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan