• 3799
1

Karyaseni

Kau Pergi Jua Oleh Hessa Widad

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kau Pergi Jua Oleh Hessa Widad

Kau Pergi Jua karya Hessa Widad membawa pembaca menyelami kisah cinta yang diberi peluang kedua. Kisah ini berpusat pada Lesha. Cinta pertama Zuleesha Izara, si budak kecik yang disenangi ramai itu ialah Akil Aiman. Meski cinta mereka tidak pernah diungkapkan oleh bibir, cinta itu wujud bersama detak jantung mereka berdua. Akil Aiman tidak menyangka bahawa si penulis Blog “Jiwa Esha”

Sinopsis Novel Kau Pergi Jua

Cinta pertama Zuleesha Izara, si budak kecik yang disenangi ramai itu ialah Akil Aiman. Meski cinta mereka tidak pernah diungkapkan oleh bibir, cinta itu wujud bersama detak jantung mereka berdua.

Akil Aiman tidak menyangka bahawa si penulis Blog

“Jiwa Esha”

yang sekian lama diikutinya itu ialah si polos Zuleesha. Gadis itu benar-benar telah mengubah pandangan hidupnya ke arah yang lebih baik.

“Saya mulai ada rasa sayang pada Lesha. Lesha berikan saya satu semangat baru. Kenangan manis yang tak mungkin saya lupakan. Saya tahu buat masa sekarang ni hati Lesha tak mampu menerima mana-mana lelaki lagi. Lesha ingin fokus pada pelajaran. Percayalah, saya akan tunggu masa yang sesuai untuk meluahkan rasa hati saya pada Lesha.” – Akil Aiman

Tetapi, Akil hanya berdiam diri setelah menyambung master di Australia. Zuleesha khuatir bertepuk sebelah tangan, mungkin Akil sayang kepadanya tidak lebih sayang seorang abang terhadap adik.

Jadi, keputusan diambil dan…

“Abah, acik fikir kalau ada orang masuk meminang dalam masa terdekat ni dan abah rasa orang tu sesuai, abah terima ajelah.”


Qada dan qadar tertulis, mualaf Kevin Yeong@ Amirul, abang angkat Zuleesha meminangnya. Zuleesha dengan reda menerimanya dan berusaha untuk menyerahkan sepenuh hatinya terhadap Amirul.

“Lengkapkan diri jadi isteri abang yang soleh, ya. Abang cintakan Zuleesha Izara ketat-ketat.”
“Saya tahu...”

“Betul, Izara. Abang sangat, sangat, sangat sayangkan Izara.”
“Saya tahu.”

Atas kehebatan cintanya, Amirul telah berjaya memenangi hati Zuleesha. Kini memang dia akui dia cintakan Amirul walau saat terdengar nama Akil, jantungnya masih berdegup kencang.

Suatu insiden tidak terduga berlaku pada hari perkahwinannya, Amirul kemalangan dan pergi dari hidup Zuleesha buat selama-lamanya. Kehilangan Amirul buat Zuleesha pasrah dan sendiri.

Setelah dua tahun berlalu, muncul Akil dalam hidupnya membawa sebuah mesej cinta. Apakah setia Zuleesha masih pada Amirul saat cinta pertamanya kembali mengetuk hati?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Kau Pergi Jua

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Hessa Widad

  • Senyumlah Bidadariku
  • Cinta Ajari Aku
  • Bahagia Bukan Bidaan