Lovenovel
Kalau Sungguh Bagai Dikata
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kalau Sungguh Bagai Dikata Oleh Rafina Mimi Abdullah
Kalau Sungguh Bagai Dikata karya Rafina Mimi Abdullah membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Dinn Dzakir. Dinn Dzakir, seorang lelaki kampung yang tampan dan bekerjaya. Merupakan ketua arkitek di tempat Hanim dan Lia bekerja. Baru sahaja sehari lelaki itu menjadi staf di pejabat mereka, kecoh mulut Hanim dan Lia memperkatakan tentang lelaki itu. Secara diam-diam
Sinopsis Novel Kalau Sungguh Bagai Dikata
Dinn Dzakir, seorang lelaki kampung yang tampan dan bekerjaya. Merupakan ketua arkitek di tempat Hanim dan Lia bekerja. Baru sahaja sehari lelaki itu menjadi staf di pejabat mereka, kecoh mulut Hanim dan Lia memperkatakan tentang lelaki itu.
Secara diam-diam Dinn Dzakir benar-benar tertarik dengan Hanim. Baginya, gadis itu begitu telus dan jujur. Cantik pun cantik, manis pun ya...
“Saya tak nak orang lain. Saya cuma nak Hanim saja yang hantarkan minuman saya." - Dinn Dzakir
“Setahu saya dalam syarikat ni, tak ada undang-undang pun yang menyatakan Encik Dzakir harus terima layanan daripada saya sorang.” - Hanim
Satu hari, Dinn Dzakir meluahkan rasa hatinya kepada Hanim. Berbagai perkara dilakukan untuk menambat hati si gadis. Kata-kata usikan dan sikapnya yang suka mengambil berat, membuatkan hati si perawan makin tertambat.
Jom kahwin - Dinn Dzakir
Encik Zakir jangan nak mengarut okey? - Hanim
Kahwin perkara serius. Bukannya mengarut - Dinn Dzakir
Hari ni Encik Zakir demam ek - Hanim
Demam nak kahwin - Dinn Dzakir
Namun lumrah dunia. Pasti akan ada hati yang tidak senang dengan kemesraan yang terjalin. Hanim sanggup mengundur diri. Walaupun si jejaka kecewa tetapi dia tidak mudah mengalah. Dari jauh, Hanim sering diperhatikan. Susah dan senang gadis itu, selalu diambil berat. Mampukah si jejaka meraih gadis impian walaupun terpaksa bertindak di luar dugaan? Mampukah si gadis menyambut huluran kasih yang tulus itu dengan rela hati?
Kalau sudah bagai dikata, hanya untuk Hanim ungkapan cinta...
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Kalau Sungguh Bagai Dikata
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Rafina Mimi Abdullah
- Sayang Cikgu Ketat-Ketat
- Dia Yang Aku Pilih
- Bahagia Dalam Rahsia