• 3363
1

Lovenovel

Bahagia Dalam Rahsia

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Bahagia Dalam Rahsia Oleh Rafina Mimi Abdullah

Bahagia Dalam Rahsia karya Rafina Mimi Abdullah membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Adilah Farha. Mengisahkan gadis bernama Adilah Farha, bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman mewah majikannya yang mempunyai salasilah keturunan raja. Kejadian malang menimpanya apabila dia diperkosa oleh Wadi Ridhuan. Lebih menambahkan nasib malang Adilah Farha

Sinopsis Novel Bahagia Dalam Rahsia

Mengisahkan gadis bernama Adilah Farha, bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman mewah majikannya yang mempunyai salasilah keturunan raja. Kejadian malang menimpanya apabila dia diperkosa oleh Wadi Ridhuan.

Lebih menambahkan nasib malang Adilah Farha apabila dia di dapati hamil akibat daripada kejadian itu.

Wadi Ridhuan yang asalnya suka bersosial mula berubah tingkah laku dalam sekelip mata apabila menyesali perbuatannya yang sudah menodai gadis itu ketika dia di bawah pengaruh alkohol.

Hasrat hati mahu memperisterikan Farha untuk menebus kesalahannya di tentang keras oleh Dato’ Wan Chik dan Datin Wasilah sehingga memaksa Wadi Ridhuan membawa Farha ke sempadan Thailand untuk bernikah.

Pernikahan secara rahsia itu hanya di ketahui oleh Mak Hendon yang merupakan pengasuh kepada Wadi Ridhuan semasa lelaki itu masih kecil.

Bahagia mula tercipta di antara kedua-duanya namun kebahagiaan itu terpaksa pula di sorok-sorok supaya Dato’ Wan Chik dan Datin Wasilah tidak mengesyaki apa-apa.

Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, perut Farha semakin membesar dan keadaan itu menimbulkan rasa curiga di hati Datin Wasilah sedangkan sepengetahuannya Farha belum berkahwin dengan sesiapa.

Rahsia mula terbongkar apabila Datin Wasilah mula hilang sabar kerana kemusykilannya tidak di jawab oleh Farha sehingga memaksa Datin Wasilah bertindak kejam. Apabila rahsia mula terbongkar, Datin Wasilah mencari helah untuk memporak-perandakan rumahtangga anaknya dengan melemparkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

Lebih menyiksakan jiwa Farha apabila Bella yang merupakan gadis pilihan Datin Wasilah untuk disatukan dengan Wadi Ridhuan sering menyakiti hatinya dengan mencari peluang untuk berdamping dengan lelaki itu.

Berjayakah Datin Wasilah memisahkan Wadi Ridhuan daripada Adilah Farha? Apakah usaha Bella untuk mendapatkan lelaki yang dicintainya itu? Dan, apakah Wadi Ridhuan terpaksa mengalah dengan keadaan demi membuatkan Farha tidak lagi menanggung sengsara?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Bahagia Dalam Rahsia

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Rafina Mimi Abdullah

  • Sayang Cikgu Ketat-Ketat
  • Dia Yang Aku Pilih
  • Kalau Sungguh Bagai Dikata