• 4508
1

Jemari Seni

Fiy Square

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Fiy Square Oleh L

Fiy Square karya L membawa pembaca mengikuti kisah hubungan yang terjalin sejak kecil dan berkembang seiring peredaran masa. Kisah ini berpusat pada Pada Fiyya. Pada Fiyya, Afiy itu sahabat terbaiknya. Tapi, ada ke lelaki dengan perempuan boleh jadi kawan tanpa rasa apa-apa? Dan rasanya… mereka seakan terperangkap dalam formula Fiy x Fiy = Fiy² Akan tetapi, tiba-tiba Afiy pergi meninggalkan Fiyya yang menyimpan

Sinopsis Novel Fiy Square

Fiyya dan Afiy rapat sejak kecil. Pada Fiyya, Afiy itu sahabat terbaiknya. Tapi, ada ke lelaki dengan perempuan boleh jadi kawan tanpa rasa apa-apa?

Dan rasanya… mereka seakan terperangkap dalam formula Fiy x Fiy = Fiy²

Akan tetapi, tiba-tiba Afiy pergi meninggalkan Fiyya yang menyimpan seribu sesalan di hati. Tiada lagi Fiy² buat Fiyya.

Hafiy yang jatuh cinta pandang pertama pada Fiyya cuba mendekati gadis pendiam yang penuh rahsia itu. Dia cuba membina semula formula Fiy² namun tak pernah dipedulikan oleh Fiyya.

“Adakah akan ada lukisan warna-warni-Nya sesudah hujan?”

“Lukisan warna-warni?”

“Maksud saya pelangi. Agar ia mewarnai hidup awak semula.”

Kemudian, mereka dipertemukan semula di bumi UK. Segala-galanya terasa sempurna buat mereka. Seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Sehinggalah pada satu hari. Pada hari itu. Hari yang menjadi titik perubahan dalam hidup mereka sekali lagi, yang mengubah segala-galanya….

***

L, penulis berbakat yang berasal dari Bentong, Pahang ini merupakan lulusan Universiti Sains Malaysia (USM).  Fiy Square merupakan karya pertamanya bersama Jemari Seni. Beliau aktif di Facebook, L Fiy Square dan boleh juga dihubungi melalui e-mel,  lwriter145@gmail.com

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Fiy Square

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.