• 8544
1

Fajar Pakeer

Yang Ingin Aku Miliki Oleh Nurul Izah

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Yang Ingin Aku Miliki Oleh Nurul Izah

Yang Ingin Aku Miliki karya Nurul Izah membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Huru. Sudah tertulis bagaimana hidupnya, seperti apa kisahnya. Tidak perlu dipaksa kerana sesuatu yang ditakdirkan, pasti tidak akan tertukar melainkan Dia membolak-balikkan hati seseorang. Huru-hara hidup Syakila kerana belum menemui pemilik jiwa. Bukan seperti

Sinopsis Novel Yang Ingin Aku Miliki

Sudah tertulis bagaimana hidupnya, seperti apa kisahnya. Tidak perlu dipaksa kerana sesuatu yang ditakdirkan, pasti tidak akan tertukar melainkan Dia membolak-balikkan hati seseorang.

Huru-hara hidup Syakila kerana belum menemui pemilik jiwa. Ingat mudah mencari cinta? Inikan pula mencari calon suami. Bukan seperti beli ikan di pasar, nampak insang merah, mata bercahaya, kulit tegang, segarlah ikan tu.

Ketenangan hidup Syakila terganggu bila emak mendesak dia mencari calon suami. Lagi memeningkan bila dua adik perempuannya sudah dipinang orang. Dalam hidupnya hanya ada Sufian. Lelaki yang memahami semua tentang dirinya, tapi sayangnya lelaki itu milik orang.

Puas aku fikir, puas aku elak. Tapi memang kau sajalah wanita yang faham dengan aku, yang mengerti hidup aku. Aku janji, aku tak akan sia-siakan kau. - SUFIAN

Zaman sudah berubah, tak ada lagi istilah langkah bendul… betul tak? Tapi bukan mak. Mak kata dia harus kahwin dulu, baru adik-adik lain boleh berkahwin. Aduh!

Hadirnya Ashriq membuat perasaan Syakila bercampur baur.

Saya akan cuba menjadi pasangan awak yang terbaik. Saya akan cuba kenal awak, saya akan cuba fahami awak. Biar kita kenal diri masing-masing. – ASHRIQ

Saya tak nak awak jalan senget kat akhirat nanti. Janji kena tunaikan. Bukan tabur air liur aje. Saya takut awak tak mampu. - SYAKILA

Relakah Syakila menerima cinta baru, sedangkan masih ada nama seseorang yang bukan miliknya?

Benarkah memilih pasangan itu bukan hanya soal cinta, melainkan tanggungjawab bersama?

Berhentilah untuk mencipta angan yang bukan milik kita. Lupakan apa yang terjadi. Ikhlaskan yang telah pergi.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Yang Ingin Aku Miliki

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Nurul Izah

  • Suamiku Si Tuan Rumah!
  • Hanya Untuk Dia
  • Abang Driver