Alaf 21
Variasi Gubahan Pengantin
- Regular price
- RM 19.90
- Sale price
- RM 19.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sinopsis Variasi Gubahan Pengantin
Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan komprehensif untuk majlis raja sehari untuk mereka yang ingin membuat hantaran sendiri kerana kebanyakan gubahan direka dengan mudah dan ringkas. Amat sesuai untuk mereka yang kurang berkemahiran. Malah, buku ini merupakan pilihan tepat untuk anda yang tercari-cari bahan rujukan sebagai sumber ilham perkahwinan. Buku ini mengajak anda berkongsi pelbagai teknik menghias bagi menghasilkan gubahan yang mengagumkan.
Selain rekaan gubahan langkah demi langkah, dipaparkan juga pelbagai set gubahan dengan warna tema tertentu serta ratusan foto menarik. Andaikata tidak sempat menyediakan gubahan sendiri, gunakan foto-foto yang dipaparkan sebagai panduan bagi mendapatkan idea ketika membuat tempahan.
Tumpahkan sedikit kreativiti, ubah kebiasaan dan cipta kelainan. Dengan kreativiti yang anda miliki serta kombinasi idea kami, warnailah kegemilangan adat istiadat Melayu dengan seni gubahan yang menawan. Abadikannya sebagai kenangan terindah di hari bahagia.
Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini
- Teknik menghasilkan gubahan hantaran perkahwinan
- Panduan gubahan langkah demi langkah
- Idea set gubahan mengikut tema warna
- Hiasan hantaran yang mudah dan ringkas
Buku Ini Sesuai Untuk
- Bakal pengantin yang ingin menyediakan hantaran sendiri
- Individu yang baru belajar seni gubahan
- Penggemar aktiviti DIY dan kraf tangan
- Pengusaha gubahan hantaran dan dekorasi perkahwinan
Maklumat Buku
- Penulis: Nusra Rahmat
- Penerbit: Alaf 21
- ISBN: 9831242815
- Muka Surat: Akan Datang
- Saiz: -
- Berat: 0.7 kg