• 5782
1

Penulisan2u

Tetap Dalam Jiwa Oleh Farisha Imani

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Tetap Dalam Jiwa Oleh Farisha Imani

Tetap Dalam Jiwa karya Farisha Imani membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Aisya Farhana. Aisya nak balik." "Diam aku cakap!" Layar mata seolah-olah menayangkan imbasan kisah silam yang menyakitkan itu. Dia dapat rasa kesakitan dan penderitaan itu. Kesakitan fizikal dan mental lalu menarik Aisya Farhana ke dalam kesengsaraan. Sakit yang ditanggung

Sinopsis Novel Tetap Dalam Jiwa

"Aisya tak nak main kahwin-kahwin lagi. Aisya nak balik."

"Diam aku cakap!"

Layar mata seolah-olah menayangkan imbasan kisah silam yang menyakitkan itu. Jijik. Dia tak sanggup. Dia dapat rasa kesakitan dan penderitaan itu. Perit.

Kesakitan fizikal dan mental lalu menarik Aisya Farhana ke dalam kesengsaraan. Sakit yang ditanggung dan dipendam tidak dapat diluahkan. Dari situ, muncul watak-watak untuk sama-sama menanggung rasa sakit itu dan tidak mahu Aisya Farhana terseksa sendirian.

Han Ji Ha: Alter yang periang dan meminati K-Pop. Menggembirakan Aisya Farhana.

Maria Mariana: Alter yang sukakan aktiviti lasak. Mahu Aisya Farhana hidup bebas ke mana sahaja.

Bibah Bebel: Alter yang suka membebel. Menceriakan diri Aisya Farhana.

Ustazah Jamilah: Alter yang sukakan kebaikan pada Aisya Farhana.

Amira Natrah: Alter dominan. Mempunyai sifat pendendam dan mahu membalas segala yang pernah dilalui Aisya Farhana.

Dia tak normal. Aisya Farhana perlu menerima rawatan dan penyakitnya ini telah menemukan dia dengan Doktor Naim, seorang psychiatry dalam keadaan yang tidak diduga. Hubungan mereka mulai rapat dan tiba-tiba...

"Saya nak lamar Aisya Farhana menjadi isteri saya yang sah." –Doktor Naim

Namun, Amira Natrah menentang hubungan itu. Dan setiap kali Doktor Naim mahu memberikan rawatan juga, Amira Natrah pasti akan muncul dan membuat masalah. Adakah Amira Natrah cemburu akan hubungan Doktor Naim dengan Aisya Farhana?

"Jangan kau berani sentuh aku. Tangan kau sangat jijik dan kotor, Dr. Naim!" – Amira Natrah

Doktor Naim seorang lelaki yang baik, sedaya upaya mahu membantu Aisya Farhana supaya sembuh. Tetapi, apakah ada rahsia yang Amira Natrah tahu tentang Doktor Naim sehinggakan sekeras-kerasnya dia menentang rawatan yang mahu diberikan oleh Doktor Naim kepada Aisya Farhana? Adakah... Doktor Naim pernah wujud dalam kisah derita Aisya Farhana dahulu?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Tetap Dalam Jiwa

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Farisha Imani

  • Mencari Si Pelengkap Hati
  • Relakah Hati Terus Mencintai
  • Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik
  • Akankah Bahagia Itu Milik Kita?