• 4143
1

Lovenovel

Tanya Dia Tentang Cinta

Regular price
RM 27.00
Sale price
RM 27.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Tanya Dia Tentang Cinta Oleh Ameera Ameer

Tanya Dia Tentang Cinta karya Ameera Ameer membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Kahwin. Kerana itu hidup Mohd Ziyad Uzair merana. Sangkanya, cinta tulusnya dihargai tetapi apa yang berlaku, sebaliknya. Sangkanya juga, cerita cintanya terus mati di situ tetapi pertemuan semula dengan Puteri Chempaka Emelyn merubah segala. Itulah rasa yang sering

Sinopsis Novel Tanya Dia Tentang Cinta

“Kahwin dengan saya” – Ziyad

Itu kata-kata yang pernah diucapkan empat tahun  dulu. Kerana itu hidup Mohd Ziyad Uzair merana. Sangkanya, cinta tulusnya dihargai tetapi apa yang berlaku, sebaliknya. Sangkanya juga, cerita cintanya terus mati di situ tetapi pertemuan semula dengan Puteri Chempaka Emelyn merubah segala.
Menyesal? Rasa bersalah? Itulah rasa yang sering menghantui hidup Puteri selama empat tahun. Sangkanya, cerita empat tahun dulu akan terus berkubur tetapi rupanya Allah telah mengatur perancangan lain untuknya. Dia dilamar dan yang melamarnya ialah mama dan papa Ziyad sendiri!

Puteri + Ziyad = Perkahwinan?

Mungkinkah? Jika itu takdir yang Allah tulis, maka siapa mereka untuk menidakkan. Tetapi, mampukah perkahwinan yang dibina kerana ada rasa benci dan curiga menemui keserasian atau lebih tepat lagi bertahan?

“Kau tahu apa maksud aku. Kalau dulu kau boleh buat apa saja, aku rasa sekarang pun kau boleh. Cuma aku tertanya-tanya, kau kahwin dengan aku sebab apa ya? Nak aku jadi pak sanggup?” – Mohd Ziyad Uzair

Mungkin tidak bagi Ziyad tetapi bukan kepada Puteri. Tekadnya, hati Ziyad akan ditawan semula. Tetapi mampukah dia apabila Ziyad terus beku dan kaku dengan setiap godaannya?

“Awak malu ke Doktor Ziyad... melihat isteri sendiri salin baju? Saya bukannya orang lain, isteri awak juga. Lagipun dah halal cuma awak aje yang jual mahal.” – Puteri Chempaka Emelyn

Setiap kebahagiaan pasti akan datang dugaan. Oleh kerana satu peristiwa yang dirancang dan terungkainya kisah silam, perkahwinan Ziyad dan Puteri tiba-tiba dilanda badai. Benarlah, rasa cinta saja belum cukup andai kurang rasa percaya. Lalu, mampukah perkahwinan seorang gadis yang perasan hot tetapi seksi, nakal dan menggoda dengan seorang lelaki yang sejuk beku juga doktor biasa kekal hingga ke syurga apabila mereka dipaksa supaya menamatkan ikatan itu?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Tanya Dia Tentang Cinta

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Ameera Ameer

  • Dear Ustaz, Will You Marry Me?
  • Misi Curi Hati Dia
  • Ku Pilih Untuk Setia
  • Izinkan Kumiliki Hatimu
  • Kerana Satu Janji