• 8189
1

Fajar Pakeer

Suamiku Ketua Gengster REVAMP Oleh Qhayra Qhayriesa

Regular price
RM 29.00
Sale price
RM 29.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Suamiku Ketua Gengster REVAMP Oleh Qhayra Qhayriesa

Suamiku Ketua Gengster REVAMP karya Qhayra Qhayriesa mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Tengku Ishaan Danish. Dingin, kaku, datar… itu watak penuh misteri Tengku Ishaan Danish. Dia makhluk paling sinis dan selalu menghuru-harakan hidup sesiapa saja yang berperang dengannya kecuali seseorang… “Awak yang buatkan saya jadi tak tentu arah dan sekarang, awak tanya pulak

Sinopsis Novel Suamiku Ketua Gengster REVAMP

Dingin, kaku, datar… itu watak penuh misteri Tengku Ishaan Danish.

Dia makhluk paling sinis dan selalu menghuru-harakan hidup sesiapa saja yang berperang dengannya kecuali seseorang…

“Awak yang buatkan saya jadi tak tentu arah dan sekarang, awak tanya pulak apa yang saya nak buat? Huh. Sepatutnya fikir habis-habis sebelum buat sesuatu. Kalau tak, macam inilah jadinya. Awak jugak yang dapat akibatnya.” – TENGKU ISHAAN DANISH

“Saya dah buat apa Tengku? Apa yang saya dah buat sampai Tengku tergamak nak buat begini pada saya? Apa salah saya?” – NURUL SARAH

Nurul Sarah, gadis itu biasa saja orangnya. Lurus bendul, tapi itulah yang mengikat jiwa Tengku Ishaan Danish.

Sarah pulak, nak jatuh cinta dengan Tengku Ishaan Danish memang rasanya tak masuk dalam list hidupnya.

Akalnya tak cukup kuotakah sampai nak mempertaruhkan nasib di tangan ketua gengster.

Tapi, bila Tengku Ishaan Danish mengusik hatinya berkali-kali, Sarah tak tentu arah. Bila gengster jadi romantis habis, Sarah terkena panahan jiwa.

Benar… pekerjaan paling sulit adalah membenci dan mencintai sekali gus.

Kisah mereka penuh hitam putih. Wujudnya Dellina yang sentiasa mengejar Tengku Ishaan Danish.

Munculnya Dahlan yang berdendam sejak pertunangannya dengan Sarah terputus.

Pilihan terbaik sudah termaktub… gambaran hati sudah terlihat.

Tapi, mengapa bahagia, dendam, penyesalan… semuanya bercampur menjadi satu rasa.

Kesinambungan apa yang diinginkan oleh mereka?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Suamiku Ketua Gengster REVAMP

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Qhayra Qhayriesa

  • Kombo Oktober 2016
  • Pasangan Kopi Susu
  • Legasi Ketua Gengster
  • Isteriku Hati Batu
  • Kontrak Cinta Kekal