• 7910
1

Al-Hidayah

Siri Khulafa Ar-Rasyidin The Golden Story Of Umar Bin Al-Khattab Ulama Dan Pemimpin Yang Adil

Regular price
RM 39.00
Sale price
RM 39.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Siri Khulafa Ar-Rasyidin The Golden Story Of Umar Bin Al-Khattab Ulama Dan Pemimpin Yang Adil

Siri Khulafa Ar-Rasyidin The Golden Story Of Umar Bin Al-Khattab Ulama Dan Pemimpin Yang Adil ialah buku karya Haji Husseiny Bin Zamburi yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membawa pembaca memahami sejarah dan perjalanan tokoh-tokoh Islam.

Sinopsis Buku Siri Khulafa Ar-Rasyidin The Golden Story Of Umar Bin Al-Khattab Ulama Dan Pemimpin Yang Adil

Tanggal 23 Ogos (633-644 Masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 hijrah Saidina Umar bin Al-Khattab telah dilantik manjadi khalifah kedua Islam. Dalam era pemerintahan beliau, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi) dan juga menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur).

Tentera Islam pada zaman beliau yang berjumlah 40,000 orang juga berjaya menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang yang telah mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil. Pada zaman pemerintahan beliau juga, telah berlaku peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Islam seperti penyerahan kunci kota Baitul Muqaddis.

Saidina Umar bin Al-Khattab juga banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru dibuka, melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan dan menyusun serta mengemaskini sistem pentadbiran negara. Semasa pemerintahannya juga kota Basrah dan Kufah dibangunkan.

Dari sudut keperibadian Saidina Umar yang tegas juga amat dikenali kerana kehidupannya amat sederhana. Ini diakui bukan sahaja dikalangan orang Islam malah golongan bukan Islam.Tidak hairanlah beliau begitu dikagumi dan dikenali bukan kerana kegagahannya tetapi kerana sifat zuhudnya yang teguh dengan ajaran Islam berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah. Buku ini menghuraikan dengan terperinci setiap aspek sejarah yang berkaitan dengan seorang sahabat besar berperibadi hebat ini bagi tatapan dan iktibar buat para pembaca budiman agar dapat diambil pengajaran dan dibuat comtoh teladan dalam kehidupan seharian dalam mencapai kehidupan yang diredai oleh Allah SWT.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Menambah pengetahuan sejarah Islam.
  • Mengambil pengajaran daripada kehidupan tokoh Islam.
  • Meningkatkan kecintaan terhadap agama.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan.

Maklumat Buku

  • Penulis: Haji Husseiny Bin Zamburi
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789673682829
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar.
  • Guru.
  • Peminat sejarah Islam.
  • Pembaca umum.