• 9473
  • 9472
1

Jejak Tarbiah

Sirajan Munira

Regular price
RM 55.00
Sale price
RM 55.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sirajan Munira

Sirajan Munira ialah buku karya Syaari AB Rahman, Fakhrul Islam yang diterbitkan oleh Jejak Tarbiah. Buku ini membawa pembaca memahami sejarah dan perjalanan tokoh-tokoh Islam.

Sinopsis Buku Sirajan Munira

Sudah tercatat dalam lembaran sirah, bahawa al-Quran berjaya melahirkan generasi manusia yang berkeperibadian mulia, iaitu para sahabat r.a.. Keteguhan prinsip, ketakwaan serta budi pekerti mereka cukup disegani sehingga masa kini. Namun, mengapa kita yang turut membaca kitab yang sama - tidak berupaya meneladani mereka?

Barangkali situasi ini berlaku kerana pembacaan sirah kini hanya berlegar sekitar pengetahuan tentang peristiwa yang berlaku, lokasi ia terjadi dan sesiapa yang terbabit. Sedangkan salah satu tujuan daripada pembelajaran sirah adalah untuk memahami proses pendidikan wahyu daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan generasi para sahabat.

Sirajan Munira digarap dengan tujuan untuk membantu para pembaca memahami kepentingan melihat sirah sebagai "tafsiran" kepada al-Quran. Kronologi sirah di dalam buku ini membawa perspektif segar terhadap hubungan antara al-Quran dengan kehidupan yang boleh dijadikan ibrah agar kita tidak hanya meneliti al-Quran, malah turut berinteraksi dengan sirah hidup Rasulullah SAW serta para sahabat Baginda.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Menambah pengetahuan sejarah Islam.
  • Mengambil pengajaran daripada kehidupan tokoh Islam.
  • Meningkatkan kecintaan terhadap agama.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan.

Maklumat Buku

  • Penulis: Syaari AB Rahman, Fakhrul Islam
  • Penerbit: Jejak Tarbiah
  • ISBN: 9786297561103
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar.
  • Guru.
  • Peminat sejarah Islam.
  • Pembaca umum.