• 8140
1

Fajar Pakeer

Setelah Kita Bertemu Oleh Shera Zulghafar

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Setelah Kita Bertemu Oleh Shera Zulghafar

Setelah Kita Bertemu karya Shera Zulghafar mengisahkan hubungan yang bermula dengan ikatan pertunangan dan pelbagai cabaran yang menguji hati. Kisah ini berpusat pada Hannan. Indah dan bahagia, dua kata itu cukup menggambarkan betapa sempurnanya hidup Airis Qaisya. Namun, satu kejadian yang menimpa telah meragut segala-galanya. Dalam sekelip mata, indah itu lenyap…. Kakak kembarnya, Alayna Naira, melarikan diri sebelum

Sinopsis Novel Setelah Kita Bertemu

Indah dan bahagia, dua kata itu cukup menggambarkan betapa sempurnanya hidup Airis Qaisya. Namun, satu kejadian yang menimpa telah meragut segala-galanya. Dalam sekelip mata, indah itu lenyap…. bahagia itu ranap.

Kakak kembarnya, Alayna Naira, melarikan diri sebelum perkahwinannya bersama Azhar Iskandar. Ayah dan ibunya pula terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa. Belum sempat dia menyapu luka di hati, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi perempuan, rupa-rupanya bayi itu adalah anak Naira.

Sejak kehadiran Hannan, putaran hidupnya berubah, semakin huru-hara. Ada yang mahu mengambil Hannan daripadanya agar kebajikan anak kecil itu lebih terjaga. Dalam keadaan terdesak, dia perlu mencari calon suami agar tiada siapa pun yang mengganggu hidupnya bersama Hannan.

Masalahnya sekarang, siapa yang sudi hendak memperisterikan gadis ting tong sepertinya?

“Tolong jadi suami Qaisya! Kahwin dengan Qaisya. Tanpa syarat! Boleh?” – AIRIS QAISYA

“Ini kerja gila, Qaisya! Mana mungkin kita kahwin tanpa cinta?” – AZHAR ISKANDAR

Mustahil untuk dia menatap wajah Qaisya tanpa memikirkan bekas tunangnya. Tetapi, dia bersimpati dengan nasib Qaisya yang sudah jatuh ditimpa tangga.

Akhirnya, mereka bersetuju untuk berkahwin hanya kerana ingin membela nasib Hannan.

Ingatkan Naira tidak akan muncul kembali, tetapi kepulangan kakak kembarnya mengeruhkan lagi keadaan.

“Kakak tahu kakak dah banyak buat salah. Kakak dah banyak berdosa.” -ALAYNA NAIRA

Apa yang sebenarnya terjadi pada Naira?

Adakah Qaisya akan meninggalkan Azhar agar Naira dapat memperoleh peluang kedua bersama lelaki itu?

Layakkah status ini dipertahankan bila cinta itu sudah hilang?

Seandainya masa dapat diputar kembali, aku tetap memilih kamu. Menerima kamu apa adanya. Membahagiakanmu sebagai syarat utama kerana di sebalik mata itu, wujud sebuah duka yang perlu dihapus air matanya.

“Bukan anak murid namanya, kalau membunuh guru sendiri. Dhaw yang kamu hasilkan ini mempunyai syaitan. Ia akan membawa maut dan badi kepada setiap orang yang menyentuhnya.” – SHIN KUE NA

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Setelah Kita Bertemu

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Shera Zulghafar

  • Prima Facie
  • Satu Hari Nanti
  • Hari Kita Jatuh Cinta