• 8188
1

Fajar Pakeer

Sesungguhnya Itu Kamu Oleh Tiey Anam

Regular price
RM 24.00
Sale price
RM 24.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sesungguhnya Itu Kamu Oleh Tiey Anam

Sesungguhnya Itu Kamu karya Tiey Anam membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Li Junjie. Tujahan kata-kata nista membuat Alya matang sebelum usia. Sikapnya yang manja perlahan-lahan berubah kasar demi melindungi ibu dari kecaman manusia yang penuh dengan kebencian. Fitnah yang menyelubungi membuat ketenangan dirinya bagai diragut oleh tangan

Sinopsis Novel Sesungguhnya Itu Kamu

Tujahan kata-kata nista membuat Alya matang sebelum usia. Sikapnya yang manja perlahan-lahan berubah kasar demi melindungi ibu dari kecaman manusia yang penuh dengan kebencian.

Fitnah yang menyelubungi membuat ketenangan dirinya bagai diragut oleh tangan manusia yang membenci keluarganya. Dugaan menimpa diri, membuat Alya rebah sehinggalah pertemuannya dengan Li JunJie.

“Kadang-kadang, perkara yang kita anggap sebagai kelemahan diri itulah sebenarnya kekuatan. Awak tak pernah terfikir betapa beruntungnya awak sebab tak boleh mendengar dan bercakap? Awak dah boleh jimat dosa mengumpat orang tau.” – ALYA.

Setiap untaian kata daripada sahabat tanpa suara itu, terakam indah dalam minda lalu meletakkan Li JunJie di tempat khas dalam hidupnya.

“Hilang selera lelaki tengok kau pakai macam ni. Tak pernah terfikir nak groom diri sendiri, jadi macam perempuan lain? Come on. Kau tu perempuan kot.”
– IMAN.

“Well, sorry but I’m not trying to please you here. So, you don’t have to pay that much attention to me, Mr Boxer.” – ALYA

Pertemuan Alya dengan Iman bersulam pertengkaran. Namun, sikap Iman yang prejudis akan kewujudan Tuhan, mengingatkannya pada Li JunJie yang tiba-tiba menghilangkan diri. Siapakah sebenarnya Iman?

Mampukah Alya berlapang dada tatkala satu demi satu rahsia yang disimpan selama ini terbentang di depan mata?

Bukan rahsia bila takdir tidak pernah berpihak sepenuhnya kepada manusia. Sesungguhnya dalam manis itu ada pahitnya, dalam damai itu ada dukanya.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Sesungguhnya Itu Kamu

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan
  • Thriller

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Tiey Anam

  • Patahnya Sayap Icarus
  • Rindu Dalam 8 Doa