• 8267
1

Penulisan2u

Sayang Arjuna Oleh Ma Lee Chuswan

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sayang Arjuna Oleh Ma Lee Chuswan

Sayang Arjuna karya Ma Lee Chuswan membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Indah. Shah Imran, lelaki manja yang tak ada pendirian. Segala apa yang dilakukannya hanyalah berdasarkan nasihat dan tunjuk ajar Uncle Lokman. Sikit-sikit nak kena refer uncle I dulu. He’s almost thirty years old.” – Suri Indah Apabila cinta Shah Imran ditolak

Sinopsis Novel Sayang Arjuna

Shah Imran, lelaki manja yang tak ada pendirian. Segala apa yang dilakukannya hanyalah berdasarkan nasihat dan tunjuk ajar Uncle Lokman.

“Emotionally lembik. Sikit-sikit nak kena refer uncle I dulu. Asyik uncle I, uncle I. Come on! He’s almost thirty years old.” – Suri Indah

Apabila cinta Shah Imran ditolak Indah, dia masih mengejar tanpa putus asa dan hanya satu cara untuk membuatkan Shah Imran berhenti. Indah perlu bertemu dengan Uncle Lokman, seorang lelaki tua yang sepatutnya sudah gayut, pendek dan bulat seperti sangkaan Indah ketika menggambarkan watak Uncle Lokman tersebut. Shah Imran hanya mendengar nasihat lelaki itu.

Tetapi, pertemuan dengan ‘lelaki tua’ yang disangka Indah itu terus meleset tatkala dia dan Luqman bertentang mata. Bukan Uncle Lokman seperti sangkaannya tapi yang ada di depannya ialah Uncle Luqman. L-U-Q-M-A-N bukannya L-O-K-M-A-N yang Indah sebut dan memandang rendah hanya pada ejaan nama. Sebenarnya dia muda, bergaya dan masuk dalam kategori lelaki yang dicari-cari Indah selama ini. Indah terpikat dan mahu mencuba nasib.

“Ada seribu sebab pada diri you yang tidak menepati kehendak I!” - Luqman Hakim
Seribu?! Indah terpempam. Rohnya bagaikan melayang meninggalkan jasad. Saat hati sudah mula terbuka untuk menerima kehadiran seorang lelaki sebagai pemilik cinta dalam hidupnya, lidahnya kelu ketika ucapan itu yang didengarinya. Selama ini tidak ada seorang pun lelaki yang berani menghitung kelemahannya. Semuanya memuji dan memuja.

“Apa saja tentang you manis di mata I, Indah.” - Heqal Putra

Letih! Yang Indah tak sudi, sibuk menawarkan diri. Yang Indah berkali-kali sudi, menolaknya tanpa simpati. Apakah yang Indah perlu lakukan untuk menjadikan seribu kekurangan dirinya di mata Luqman itu bertukar menjadi seribu keistimewaan?

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat nilai kekeluargaan.
  • Watak yang mudah dihayati.
  • Menyentuh emosi pembaca.

Genre Novel Sayang Arjuna

  • Novel Melayu
  • Kekeluargaan
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat drama keluarga.
  • Pembaca dewasa.
  • Peminat kisah kehidupan.

Novel Berkaitan Ma Lee Chuswan

  • Lamaran Kedua
  • Dealova Permata Hati
  • Selamat Tinggal Sayang
  • Selamat Tinggal Sayang
  • Gelora