• 9565
1

Roket Kertas

Pesuruh Oleh Ahadiat Akashah

Regular price
RM 89.00
Sale price
RM 89.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Pesuruh Oleh Ahadiat Akashah

Pesuruh karya Ahadiat Akashah membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Ahadiat Akashah. PESURUH merupakan karya terkini Ahadiat Akashah yang membawa pembaca menyelami detik-detik awal kerasulan Nabi Muhammad SAW, dengan naratif yang dramatik dan penuh emosi. Melalui gaya penulisan yang menyentuh jiwa, Ahadiat menghidupkan kembali peristiwa agung

Sinopsis Novel Pesuruh

PESURUH merupakan karya terkini Ahadiat Akashah yang membawa pembaca menyelami detik-detik awal kerasulan Nabi Muhammad SAW, dengan naratif yang dramatik dan penuh emosi. Melalui gaya penulisan yang menyentuh jiwa, Ahadiat menghidupkan kembali peristiwa agung ketika wahyu pertama diturunkan oleh Malaikat Jibril di Gua Hira', memberikan perspektif baharu yang mendalam dan menyentuh hati.

*************

"Bacalah!"

"S-s-sungguh! Aku t-tidak p-pandai membaca...."

Sepantas kilat lelaki itu terus menarik dan merangkulnya. Cengkaman pelukan itu semakin kuat dan dia mulai lemas dan lemah.

Nafasnya tercungap-cungap sewaktu rangkulan itu dilepaskan.

"Bacalah!"

"A-a-aku t-tidak p-pandai m-membaca..."

Dia tidak langsung berdaya untuk menghalang lelaki itu merangkulnya lagi. Dia semakin lemah. Dia pasrah....

"Bacalah...."

"S-s-sungguh... a-aku... t-t-tidak p-pandai m-mem... b-baca..."

Tanpa belas kasihan dia dirangkul... dipeluk lagi dengan kuat sehingga hampir melumpuhkan seluruh tubuhnya. Saat tubuh dilepaskan dia telah tidak bermaya....

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah... dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya!"

Tidak semena-mena lelaki itu ghaib sebaik sahaja dia selesai menuturkan kata-kata itu. Terus tubuhnya menggeletar. Dia mulai berasa ketakutan yang teramat sangat. Dia bingkas dan dengan langkah yang longlai dan tubuh terketar-ketar dia keluar daripada gua. Fikirannya masih belum tenteram. Suara itu terngiang-ngiang. Kata-kata dari lelaki asing itu terus menghantui benak. Terpahat kejap di dalam mindanya. Namun, langkahnya masih diteruskan menuruni bukit....

"Wahai Muhammad... engkau adalah pesuruh Allah... dan aku adalah Jibril!"

*************

PESURUH bukan sekadar sebuah karya fiksyen sejarah, tetapi juga satu penghormatan kepada perjalanan spiritual yang membentuk asas keimanan umat Islam.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Pesuruh

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Ahadiat Akashah

  • Kasyah : Lagenda Berakhir
  • Tiga Hari Kemudian
  • Pilot Cafe
  • Hikayat Cinderella
  • Sayap-Sayap Cinta