• 9693
1

Idea Kreatif

Pemilik Hati Encik Duda Oleh Sopyzm

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Sinopsis Pemilik Hati Encik Duda Oleh Sopyzm

Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, berkerjaya dan memiliki seorang anak lelaki, Tizz Jayden.

Kausar Umaiyah - seorang gadis yang masih muda tetapi terpaksa korbankan usia mudanya untuk menjaga ibunya yang uzur.

Kerana satu peristiwa, mereka dipertemukan. Pada awalnya, Thaqif menolak Kausar daripada menjadi pengasuh kepada anaknya. Baginya, gadis itu mempunyai agenda yang tersendiri.

“Saya nak tumpang berteduh dekat sini. Boleh ya, pak cik?” - Kausar Umaiyah

‘Pak cik, dia panggil aku pak cik?’ - Thaqif Jabar

Namun Thaqif terpaksa mengambil Kausar sebagai pengasuh kepada anaknya sementara mencari pengasuh yang baharu. Setiap hari, ada saja pergaduhan yang berlaku dan kata-kata Thaqif telah membuatkan Kausar lari.

“Aku nak jemput kau balik rumah ibu.” - Thaqif Jabar

“Tak naklah. Pak cik bukannya suka saya pun.” - Kausar Umaiyah

“Aku… takut aku rindu nak gaduh dengan kau.” - Thaqif Jabar

Cara layanan Kausar terhadap anaknya membuatkan hati Thaqif mula tertarik. Dia cuba menafikan rasa cinta yang muncul tapi perasaannya tak mampu dibendung.

“Kausar... jom kahwin?” - Thaqif Jabar

“Tak habis-habis lagi ke mengarut?” - Kausar Umaiyah

Kemunculan bekas isterinya semula membuatkan hati Thaqif mula ragu. Memaafkan dan menerima kembali ibu kepada anaknya atau Kausar?

“Dia cakap yang pak cik nak kembali pada dia.” - Kausar Umaiyah

“Jadi, sebab tu ke kau lari daripada aku?” - Thaqif Jabar

Mana satu yang Thaqif akan pilih?

Perkara Yang Akan Anda Temui Dalam Buku Ini

  • Kisah cinta antara duda dan gadis muda
  • Hubungan pengasuh dengan anak kepada majikan
  • Konflik hati dan pilihan antara cinta baharu dengan bekas isteri
  • Perkahwinan dan pembinaan keluarga baharu

Buku Ini Sesuai Untuk

  • Pembaca yang menggemari novel romantik Melayu
  • Peminat kisah cinta duda dan gadis muda
  • Pembaca yang suka tema pengasuh, anak kecil dan keluarga
  • Peminat kisah cinta dengan konflik bekas pasangan

Maklumat Buku

  • Penulis: Sopyzm
  • Penerbit: Idea Kreatif
  • ISBN: BBO-6764
  • Muka Surat: Akan Datang
  • Saiz: -
  • Berat: 0.7 kg

Buku Berkaitan