Suara Hati Publication
Pembantu Rumah 7 Hari Oleh Tasha Sain
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pembantu Rumah 7 Hari Oleh Tasha Sain
Pembantu Rumah 7 Hari karya Tasha Sain membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Wafiyah. WAFIYAH… Seorang ibu tunggal yang memilih untuk menjadi pembantu rumah untuk mendapatkan duit sewa rumah dan membawa anaknya, Iman bersama ketika bekerja. Tapi, menjadi pembantu rumah kepada pelakon famous kontroversi itu tak pernah terlintas dalam
Sinopsis Novel Pembantu Rumah 7 Hari
WAFIYAH…
Seorang ibu tunggal yang memilih untuk menjadi pembantu rumah untuk mendapatkan duit sewa rumah dan membawa anaknya, Iman bersama ketika bekerja. Tapi, menjadi pembantu rumah kepada pelakon famous kontroversi itu tak pernah terlintas dalam fikirannya.
AMAR RIZQI…
Pelakon lelaki yang famous dengan kontroversi tapi, tak pernah dapat watak hero. Walaupun kacak, perangainya tak serupa orang dan talam dua muka. Pendek kata, semua yang buruk ada pada dia.
Takdir menemukan mereka di dalam kondominium mewah Rizqi tetapi, Wafiyah dituduh sebagai stalker! Tak cukup dengan itu, dia dipecat tak sampai tiga hari dia bekerja di situ.
“Alang-alang kau ada kat sini, aku nak cakap depan muka kau yang aku pecat kau mulai hari ni!” - RIZQI
Namun, ugutan Wafiyah membuat Rizqi mempertimbangkan semula keputusannya.
“Okay then. Seminggu. Aku bagi kau seminggu. Bermula esok. Lepas seminggu, kau officially out!” – RIZQI
Tetapi, ada istimewanya si pembantu rumahnya itu walaupun masak macam hampeh! Dia tenang dapat berkongsi rasa dengan ‘mak cik’ beranak satu itu.
Pendirian Rizqi mula goyah. Bukan itu sahaja. ‘Budak botak’ itu juga mengusik hatinya.
Adakah Rizqi akan tetap dengan keputusannya memecat Wafiyah selepas tujuh hari? Atau membiarkan wanita itu terus bekerja dengannya?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Pembantu Rumah 7 Hari
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
- Kekeluargaan
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.