Alaf 21
Nur Di Hatinya Oleh Siti Munirah
- Regular price
- RM 19.90
- Sale price
- RM 19.90
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Nur Di Hatinya Oleh Siti Munirah
Nur Di Hatinya karya Siti Munirah mengisahkan hubungan yang tercetus antara dua individu daripada dunia yang berbeza serta dipenuhi konflik emosi. Kisah ini berpusat pada Kiai Hasan. Kau pembunuh!” Kalimah yang terbit di bibir Siti Sarah, kakak kepada Saifuddin itu terus terngiang-ngiang di indera dengar anak muda itu. Kerana kata-kata itu juga, dia membawa diri ke sebuah daerah di Indonesia. Dia berpaut pada kasih dan ehsan seorang
Sinopsis Novel Nur Di Hatinya
“Kau pembunuh, Udin! Kau pembunuh!” Kalimah yang terbit di bibir Siti Sarah, kakak kepada Saifuddin itu terus terngiang-ngiang di indera dengar anak muda itu. Kerana kata-kata itu juga, dia membawa diri ke sebuah daerah di Indonesia. Dia berpaut pada kasih dan ehsan seorang murabbi, Kiai Hasan. Ketika itulah dia mengenal manisnya al-Quran.
Beberapa tahun berlalu, dia kembali ke kampung halaman dengan izin Kiai Hasan yang sudah dianggap seperti bapanya. Dia pulang bukan lagi sebagai seorang penagih dadah, sebaliknya menggalas satu harapan, iaitu menunaikan hajat arwah ayahnya yang tidak kesampaian. Namun jauh di sudut hati, dia tertanya-tanya, sudahkah Siti Sarah mengampunkan dosanya?
Di kampung, Saifuddin berusaha mengumpul dana untuk membina pusat pengajian al-Quran untuk golongan warga emas. Dalam diam Siti Zulaikha, majikannya memuji kegigihan lelaki itu untuk menegakkan tiang agama. Panas tidak sampai ke petang. Saifuddin disahkan doktor menghidap barah perut. Tanpa diduga, Siti Zulaikha menghulurkan kasih kepada Saifuddin. Mampukah Saifuddin menyambut salam kasih wanita itu? Hakikatnya, dia turut menyukai wanita itu, tetapi dia sedar hayatnya tidak panjang.
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Nur Di Hatinya
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
- Kekeluargaan
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.