October
Mili Pikat Hati Dia Oleh Ashany
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Mili Pikat Hati Dia Oleh Ashany
Mili Pikat Hati Dia karya Ashany membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Mili. Nak tak?” “Tengoklah...” Emily Husna tertanya-tanya, kenapa lelaki itu asyik mengejarnya. Katanya, dia akan pikat hati Mili sampai nak, hanya dalam masa 15 hari! Sudah berkali-kali Mili katakan yang dia sudah ada teman istimewa bernama Izhar. Walaupun dia
Sinopsis Novel Mili Pikat Hati Dia
“Jomlah... Kita kahwin... Nak tak?”
“Tengoklah...”
Emily Husna tertanya-tanya, kenapa lelaki itu asyik mengejarnya. Katanya, dia akan pikat hati Mili sampai nak, hanya dalam masa 15 hari! Sudah berkali-kali Mili katakan yang dia sudah ada teman istimewa bernama Izhar. Ya, Izhar. Walaupun dia masih rasa ragu-ragu dengan perasaan sebenar lelaki bernama Izhar itu.
Bila Izhar tahu yang Mili sedang diburu oleh seorang pegawai polis kacak, barulah Izhar terhegeh-hegeh hendak menambat hatinya. Malah lelaki yang kononnya hendak mengelakkan dirinya dan Mili daripada terlajak arah apabila duduk berdua, kini tiba-tiba saja rajin bertanya khabar. Pelik! Ini memang sangat pelik…
Lagi pening bila ma menjerit dalam telefon…
“Emily Husna!”
“Apa nak jadi dengan hang ni? Hang nak suruh kami buat lagu mana? Cuba hang habaq kat kami sat... Hang tau dak, tu hari Rifqal dah tanya pasai hang. La ni, mai lagi seorang tanya pasai hang. Cuba hang habaq kat ma, yang mana satu sebernaqnya ni...”
Alamak! Apa yang perlu Mili lakukan? Apa keputusan yang dia perlu buat dalam masa yang diberi sangat suntuk???!
“Keputusan di tangan awak, Mili. Selama dua minggu lebih ini, saya dah buka diri saya pada awak. Awak dah nampak diri saya yang sebenarnya. Jadi, sekarang ini terpulang pada awak untuk menilainya.”
Namun tak mungkin mudah untuk melepaskan jejaka yang telah lama bertakhta dalam hati. Izhar yang selalu sabar dan memahami.
“Terima kasih untuk tiga tahun yang indah dan membahagiakan. Mili, siapa pun pilihan Mili nanti... Izhar doakan semoga kebahagian dan kegembiraan menjadi milik Mili sepanjang hayat.”
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Mili Pikat Hati Dia
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.
Novel Berkaitan Ashany
- Awak, Jom Cinta Sampai Syurga!