• 8712
1

Al-Hidayah

Menjawab Tuduhan Paderi Kristian Terhadap Al-Quran

Regular price
RM 34.00
Sale price
RM 34.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Menjawab Tuduhan Paderi Kristian Terhadap Al-Quran

Menjawab Tuduhan Paderi Kristian Terhadap Al-Quran ialah buku karya Prof. Madya Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Dr. Rohaizan bin Baru Al-Azhari yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami kandungan Al-Quran melalui penerangan, tafsir atau panduan bacaan.

Sinopsis Buku Menjawab Tuduhan Paderi Kristian Terhadap Al-Quran

Sesungguhnya Islam adalah agama yang benar, lurus dan suci yang menjadi panduan hidup manusia di dunia ini. Islam adalah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah SWT sebagai pegangan hidup manusia semasa di dunia, yang seterusnya akan menentukan untung nasib mereka di akhirat nanti, tidak kira bangsa, suku kaum dan warna kulit. Dalam perjuangan Islam membebaskan manusia daripada perhambaan dan penyembahan daripada selain Allah seperti menyembah berhala, mengagungkan ideologi sesat dan menyembah makhluk seperti manusia, bulan, bintang dan unsur-unsur alam; kepada menyembah Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan tanpa sebarang perantaraan. Maka Islam telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan daripada pelbagai pihak yang mahu mencemuh, menghina dan menyeleweng fakta-fakta murni berkaitan Islam, supaya ajaran Islam tampak buruk, hodoh dan kotor seperti tuduhan yang dilemparkan oleh puak musyrikin Quraisy di zaman awal Islam, diikuti oleh golongan munafiqin dan murtad selepasnya.

Kemunculan golongan yang terus memburuk-burukkan Islam terus berkembang hinggalah sekarang ini yang didalangi oleh golongan Yahudi, Kristian, orientalis bahkan ada juga di kalangan orang Islam sendiri yang turut terpengaruh dan menyebarkan fahaman sesat dan songsang ini dengan berselindung di sebalik nama kebajikan dan sebagainya.

Buku ini membentangkan tuduhan-tuduhan liar seorang paderi Kristian bernama Fedy terhadap agama Islam. Lebih menarik lagi buku ini mematahkan tuduhan-tuduhan liar tersebut secara ilmiah dan menarik. Tuduhan yang bertujuan menyelewengkan dan memesongkan kebenaran dan kesucian Islam ini berkaitan dengan aspek sejarah, geografi, akhlak, persoalan ketuhanan, perundangan, sosial, fakta-fakta sains dan ilmiah, peribadi dan kehidupan Rasulullah SAW termasuk juga isi kandungan Al-Quran Al-Karim Moga para pembaca mendapat manfaat daripada buku yang amat berharga dan padat ini dalam memahami fakta-fakta berkaitan Islam yang telah dipesong dan diselewengkan oleh paderi ini, dan seterusnya menyebarkan kefahaman yang betul kepada golongan yang telah terpengaruh dengan penyelewengan ini. Moga kita semua mendapat petunjuk dan keredhaan daripada-Nya.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Meningkatkan kefahaman terhadap Al-Quran.
  • Membantu penghayatan ayat-ayat suci.
  • Sesuai dijadikan rujukan pembelajaran.
  • Menggalakkan tadabbur Al-Quran.

Maklumat Buku

  • Penulis: Prof. Madya Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Dr. Rohaizan bin Baru Al-Azhari
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670267692
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 8 x 10

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar.
  • Guru.
  • Keluarga Islam.
  • Pembaca umum.