• 7469
1

Al-Hidayah

Menilai Tarikat Al-Tijaniyah

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Menilai Tarikat Al-Tijaniyah

Menilai Tarikat Al-Tijaniyah ialah buku karya Syeikh Taqiy Al-Din Al-Hilali Al-Husaini, Syeikh Ibrahim Al-Qattan, Syeikh Abd. Rahman bin Yusuf Al-Ifriqi yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami kandungan Al-Quran melalui penerangan, tafsir atau panduan bacaan.

Sinopsis Buku Menilai Tarikat Al-Tijaniyah

Ilmu Tasawwuf merupakan antara ilmu yang perlu dituntut oleh setiap muslim yang mukallaf. Tumpuan utama yang ditekankan di dalam ilmu tasawwuf adalah tentang pembaikan jiwa terutamanya hati, kerana hati merupakan raja kepada dalam kerajaan tubuh badan. Sekiranya rajanya baik maka seluruh rakyat jelatanya akan mengalami kerosakan.

Persoalan utama yang menjadi tumpuan tasawwuf adalah berkenaan ihsan dan menggalakkan manusia untuk beribadah kepada Allah dengan lengkap dan sempurna. Ini akan membersihkan hati daripada kerosakan dan bencana yang memusnahkan seterus membenihkan perasaan kasih sayang, belas kasih dan rahmat sesama makhluk. Ini kerana orang yang paling bermanfaat dalam kalangan manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Iaitu orang yang tidak sombong, membangga diri, menyeleweng dan melakukan maksiat.

Namun yang menjadi kebimbangan dalam kalangan umat Islam adalah penyusupan masuk para penyamar atau mereka yang mahu mengambil kesempatan, berusaha untuk memburukkan ilmu tasawwuf. Inilah sering terjadi mutakhir ini. Malah ini sebenarnya mencatatkan lagi keindahan dan kesempurnaan Islam itu sendiri.

Buku ini membawakan penilaian terhadap Tarikat Al-Tijaniyah berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Semoga apa yang diketengahkan oleh penulis dan penterjemah di dalam buku ini dapatkan kita fahami dan nilai serta memberikan ilmu dan panduan yang berguna bagi kita untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Meningkatkan kefahaman terhadap Al-Quran.
  • Membantu penghayatan ayat-ayat suci.
  • Sesuai dijadikan rujukan pembelajaran.
  • Menggalakkan tadabbur Al-Quran.

Maklumat Buku

  • Penulis: Syeikh Taqiy Al-Din Al-Hilali Al-Husaini, Syeikh Ibrahim Al-Qattan, Syeikh Abd. Rahman bin Yusuf Al-Ifriqi
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674390013
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar.
  • Guru.
  • Keluarga Islam.
  • Pembaca umum.