• 3682
1

Fajar Pakeer

Menantu Pilihan Bapak

Regular price
RM 22.00
Sale price
RM 22.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Menantu Pilihan Bapak Oleh Sarnia Yahya

Menantu Pilihan Bapak karya Sarnia Yahya mengisahkan hubungan yang bermula tanpa kerelaan tetapi membawa pelbagai konflik emosi. Kisah ini berpusat pada Bapak. Kerana dia rela bernikah dengan lelaki pilihan bapak. Seri Haji Salam tidak pandai buat keputusannya sendiri. Ikut bapaklah.” - Seri Memang Seri anak bapak. Dia tahu, bapak akan beri yang terbaik untuknya, walaupun Khalif hanya seorang drebar lori. Dia

Sinopsis Novel Menantu Pilihan Bapak

Nak kata kahwin paksa, tidak pula. Kerana dia rela bernikah dengan lelaki pilihan bapak. Seri Haji Salam tidak pandai buat keputusannya sendiri. Anak bongsulah katakan. Ikut sajalah cakap orang tua. Tak rugi mana pun. Lagi untung adalah.

“Jadi, macam mana ni?” - Bapak
“Entahlah. Ikut bapaklah.” - Seri

Memang Seri anak bapak. Semua keputusan bapak yang buat. Dia tahu, bapak akan beri yang terbaik untuknya, walaupun Khalif hanya seorang drebar lori. Dia sendiri pun bukan bagus sangat, hanya seorang kerani biasa sahaja. Dan benarlah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Wajah tidak menggambarkan hati Muhammad Khalif bin Salleh. Okey, bukan khilaf, tetapi Khalif. Tak disangka yang lelaki bakal menjadi suami dan bakal menantu pilihan bapak itu punya seribu satu kisah.

“Terima kasih daun keladi.” - Seri.
“Saya tak mahu daun keladi. Saya nak awak.”- Khalif.

Kan? Nak kata apa, memang begitulah sikapnya. Namun, yang paling disenangi, Khalif amat menghormati bapak kesayangannya. Kedua-duanya sekepala dan lebih kurang sengal juga. Lega hati Seri.

“Awak, tinggal tinggal lima hari lagi kita nak nikah.”

Memang Khalif sengaja hendak membuat dia sentiasa berdebar-debar dan tidak tentu rasa. Seri tahu lelaki itu menghitung hari bahagia. Dia? Harap-harap dia juga akan bahagia. Dia percaya yang calon bapak adalah yang terbaik untuk dirinya. Dalam gembira menanti untuk dinikahkan, pelbagai dugaan datang melanda. Begitu pun, akhirnya selamat juga mereka bernikahdan sama-sama cuba serasikan diri untuk menghadapi alam rumah tangga.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Menantu Pilihan Bapak

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu
  • Kekeluargaan

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Sarnia Yahya

  • Cinta Adalah Cinta
  • Datang Dengan Indah
  • Sedetik Asmara
  • Pujuk Hati Dia
  • Isteri Mampu Milik