• 8129
1

Suara Hati Publication

Mantera Cinta Tuan Muda Oleh Nia Afeerah

Regular price
RM 26.00
Sale price
RM 26.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Mantera Cinta Tuan Muda Oleh Nia Afeerah

Mantera Cinta Tuan Muda karya Nia Afeerah membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Nur Adha. Nur Adha - Ditinggalkan tanpa alasan yang kukuh membuatkan hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Bukan tidak ada yang cuba mendekati tetapi bagi Adha, cukuplah sekali dia terluka. Parutnya masih kekal sehingga kini. Muammar Ramadhan - Melukakan hati seorang

Sinopsis Novel Mantera Cinta Tuan Muda

Nur Adha - Ditinggalkan tanpa alasan yang kukuh membuatkan hatinya tertutup untuk bercinta lagi. Bukan tidak ada yang cuba mendekati tetapi bagi Adha, cukuplah sekali dia terluka. Parutnya masih kekal sehingga kini.

Muammar Ramadhan - Melukakan hati seorang Nur Adha langsung tidak pernah terlintas di fikirannya, biarpun dirinya sering digelar ‘playboy’ tersohor. Namun, Ramadhan tersepit di antara permintaan si ayah dan kehendak sendiri. Akhirnya dia memilih untuk meninggalkan Adha.

Percaturan takdir yang tersusun akhirnya menemukan kembali Adha & Ramadhan. Sudah tertulis jodoh mereka bersama walaupun kebencian menghuni segenap hati Adha, perasaan cinta untuk Ramadhan masih menebal. Dengan sekali lafaz, mereka diijabkabulkan.

Siapa sangka kebahagiaan yang dirasakan hanya bertahan sebentar sahaja. Mengapa ada yang menggelar Ramadhan dengan panggilan ‘tuan muda’ dan ‘Boy’? Kemunculan semula Hanani yang dulu menjadi pemisah hubungan cinta mereka semakin merumitkan keadaan.

Perjalanan hidup berumah tangga jadi semakin berliku apabila satu per satu rahsia kehidupan lampau Ramadhan tersingkap. Terlalu banyak misteri sehingga menjadikan hubungan mereka renggang dan semakin menjauh.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
  • Watak yang berkembang secara semula jadi.
  • Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.

Genre Novel Mantera Cinta Tuan Muda

  • Novel Melayu
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel cinta.
  • Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
  • Pengumpul novel Melayu.

Novel Berkaitan Nia Afeerah

  • Gerhana Cinta Yana
  • Jodohku Paling SuperB
  • Khilaf Seorang Suami