Al-Hidayah
Manhaj Akidah Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jama'ah Dalam Memahami Qada & Qadar
- Regular price
- RM 9.00
- Sale price
- RM 9.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Manhaj Akidah Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jama'ah Dalam Memahami Qada & Qadar
Manhaj Akidah Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jama'ah Dalam Memahami Qada & Qadar ialah buku karya Dr. Basri Bin Ibrahim al-Hassani Al-Azhari yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami asas akidah dan tauhid yang menjadi teras keimanan seorang Muslim.
Sinopsis Buku Manhaj Akidah Ahli Al-Sunnah Wa Al-Jama'ah Dalam Memahami Qada & Qadar
Ahli AI-Sunnah wa AI-Jama'ah berusaha keras membersihkan 'aqidah Islam khususnya 'aqidah Qada' dan Qadar dari pencemaran dan juga salah faham yang berlaku kepada segelintir umat Islam termasuklah di dalam perkara yang bersangkutan pengertian 'aqidah qada' dan qadar dan hubungannya dengan rukun-rukun Iman yang lain.
Mereka mempunyai manhaj tersendiri di dalam memahami 'aqidah Qada' dan Qadar iaitu bertitik tolak daripada dalil naqli dan juga 'aqli, sehingga 'aqidah Qada' dan Qadar menjadi satu bentuk 'aqidah yang mudah difahami di dalam Islam, tidak berbelit-belit dan tidak juga canggung. Dengan itu 'aqidah tersebut dapat dikaitkan terus dengan kehidupan manusia seharian.
Kepercayaan kepada Qada' dan Qadar sebenarnya, bukanlah punca kepada kemunduran umat Islam, sebaliknya benteng yang memperkuatkan lagi daya tahan mereka di dalam menghadapi rempuhan berbagaibagai bentuk fahaman dan ajaran-ajaran yang ada kena mengena dengan Islam yang banyak muncul di zaman kita ini. la juga menanam kekuatan sikap di dalam menghadapi pancaroba hidup yang penuh dengan onak dan duri.
Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?
- Memahami asas akidah Islam dengan lebih jelas.
- Menjelaskan perkara berkaitan tauhid dan rukun iman.
- Membantu memperkukuhkan keyakinan terhadap ajaran Islam.
- Sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran agama.
Maklumat Buku
- Penulis: Dr. Basri Bin Ibrahim al-Hassani Al-Azhari
- Penerbit: Al-Hidayah
- ISBN: 9789830995847
- Berat: 0.3 kg
Sesuai Untuk Pembaca
- Pelajar sekolah agama dan pondok.
- Penuntut ilmu agama.
- Guru dan pendakwah.
- Muslim yang ingin memperkukuhkan akidah.