Booku Enterprise
Love, Elsa (Buku 2) Oleh Acik Lana
- Regular price
- RM 35.00
- Sale price
- RM 35.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Love, Elsa (Buku 2) Oleh Acik Lana
Love, Elsa (Buku 2) ialah sambungan kepada kisah romantik misteri yang memikat dalam siri Love, Elsa karya Acik Lana. Novel ini membawa pembaca menyelami perjalanan Ammara dan Ridza Kim yang kini berdepan cabaran lebih besar apabila rahsia masa lalu mula terbongkar satu demi satu.
Sinopsis Novel Love, Elsa (Buku 2)
Episod lalu, kehadiran Ridza Kim perlahan-lahan telah mengubah sikap Ammara. Dari seorang gadis yang berjiwa mati, dingin, tak mampu bersuara, Ammara cuba membina personaliti berbeza.
Hidup bersama ‘kuasa’ pada sepasang tangannya bukan mudah. Malah Ammara tak pernah berani memasang impian untuk hidup normal seperti orang lain. Bercinta, berkahwin dan berkeluarga, layakkah dia?
Namun pendirian itu berubah arah sebaik saja lamaran Ridza Kim diterima. Cuma laluan menuju bahagia tak pernah mudah. Ada misteri yang perlu dirungkai satu persatu. Dan Ammara perlu mencari haknya yang telah hilang. Tapi di mana? Angkara siapa?
Menggunakan ‘kuasa’ yang dimiliki sepasang tangannya, satu persatu rahsia mula terbongkar. Dan lebih melukakan, kenyataan itu terlalu pahit untuk ditelan. Terlalu sukar untuk diterima!
Ammara bangkit mengharungi ujian demi ujian dengan lebih cekal. Konflik antara dirinya dengan manusia penuh hasad dengki serta perasaan dendam terhadap bapa kandung sendiri kadangkala cukup melelahkan. Belum lagi termasuk sikap Ji Hyun yang tak reti move on itu.
Malah kehadiran Hairi turut menambah gelora dalam hubungan cinta Ammara. Siapa Hairi? Dan kenapa kemunculannya begitu meresahkan jiwa Ridza Kim?
Hidup ini tak mungkin dikata satu pertaruhan jika tak diduga dan diuji. Lantas, kekalkah bahagia di jalan mereka berdua? Atau masih ada halangan yang perlu ditempuhi bersama?
“Because I’m your husband. I akan sayang dan cintakan you selama-lamanya.” ~ Ridza Kim
“And I’m your wife, I will do the same too.” ~ Ammara
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Sambungan kisah Ammara dan Ridza Kim yang dinanti-nantikan pembaca.
- Gabungan romantik, misteri dan elemen paranormal yang unik.
- Pelbagai rahsia besar yang mula terbongkar satu demi satu.
- Konflik keluarga, cinta dan pengkhianatan yang sarat emosi.
- Kisah perjuangan mempertahankan cinta walaupun diuji berkali-kali.
Genre Novel Love, Elsa (Buku 2)
Romantik Misteri, Paranormal Romance, Supernatural Fiction, Drama Emosi, Family Mystery, Novel Melayu.
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Novel romantik paranormal Melayu.
- Siri Love, Elsa karya Acik Lana.
- Kisah cinta yang diuji dengan rahsia dan misteri.
- Heroin kuat yang berdepan cabaran hidup luar biasa.
- Pembaca yang sukakan gabungan cinta, misteri dan konflik keluarga.
Novel Berkaitan
- Love, Elsa (Buku 1)
- Kekasih Khayalan
- Dancing With Your Ghost
- Tinggal Satu Bintang
- Novel Acik Lana