Fajar Pakeer
Lara Oleh Huirin Nairah
- Regular price
- RM 23.00
- Sale price
- RM 23.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Lara Oleh Huirin Nairah
Lara karya Huirin Nairah membawa pembaca menyelami konflik emosi dan percintaan. Kisah ini berpusat pada Hakimi. Adakah salahnya mencintai lelaki itu? Adakah salahnya merasakan bahawa lelaki itu milik abadinya? Di saat dia menerima cinta Hakimi, lelaki itu pergi meninggalkan dia tanpa khabar berita. Sungguh, dia berasa kerdil kerana selama ini, dia terlalu mendambakan
Sinopsis Novel Lara
Adakah salahnya mencintai lelaki itu?
Adakah salahnya merasakan bahawa lelaki itu milik abadinya? Ya, memang salah dirinya.
Di saat dia menerima cinta Hakimi, lelaki itu pergi meninggalkan dia tanpa khabar berita.
Sungguh, dia berasa kerdil kerana selama ini, dia terlalu mendambakan ceritera cintanya seperti mimpi indah.
“Apa niat you sebenarnya? You nak perangkap i? Cakap!” – HAKIMI
Kerana wanita bernama Natasha, dia terpisah dengan Umairah. Dia jahil menilai pengorbanan dan dosa pun bermula…
Umairah dan Hakimi, mereka saling mencintai… saling memiliki.
Namun, Hakimi terleka dengan pujuk rayu Natasha. Dia jatuh di jurang duka yang diciptanya sendiri. Kini, di mana hendak dia mencari gadis itu… sedangkan dia yang mengubah plot kisah mereka.
Bertahun lamanya, Umairah melumpuhkan hati untuk lelaki lain. Pertemuan sweet dengan Danial, sedikit sebanyak mengubah gundah kerana ditinggalkan Hakimi.
Daniel yang positif, baik hati, gentleman buat dia terjatuh sekali lagi…
Hinggalah kemunculan semula…
“Temboknya muka you untuk muncul semula di hadapan i.” - UMAIRAH
“Umairah…” – HAKIMI
“Don’t you dare say my name!!!” – UMAIRAH
Sedar tak Hakimi… bukan proses yang mudah untuk merawat hati yang telah dimatikan.
Haruskah Umairah membuka luka lama?
Bagaimana dengan anasir-anasir jahat yang bersemayam menjadi si pengacau?
Memperoleh kembali cinta si dia bukannya senang. Ada saja kebencian merantai setiap langkah, menikam kekuatan cinta.
Benarkah menongkah rasa kalbu, hanya terbit duka… menambah lara?
Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?
- Mengangkat kisah cinta yang dekat dengan kehidupan.
- Watak yang berkembang secara semula jadi.
- Menyentuh emosi dan meninggalkan kesan kepada pembaca.
Genre Novel Lara
- Novel Melayu
- Romantik Melayu
Novel Ini Sesuai Untuk Peminat
- Peminat novel cinta.
- Pembaca yang gemarkan kisah romantik.
- Pengumpul novel Melayu.