Al-Hidayah
Kisah Masjid Bersejarah Di Empat Benua
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Kisah Masjid Bersejarah Di Empat Benua
Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada pembaca yang ingin menambah pengetahuan dalam bidang berkaitan.
Sinopsis
Sejarah telah membuktikan bahawa masjid adalah satu tempat yang sangat penting dalam pembinaan dan pembangunan bagi komuniti Muslim di sesuatu tempat. Jika diimbau kembali lipatan sirah Baginda Nabi Muhammad SAW, masjid adalah bangunan pertama yang akan baginda dirikan ketika sampai di sesuatu tempat.
Di dalam buku ini, penulis berusaha mengetengahkan masjid-masjid yang mempunyai rekod sejarah berkaitan kemunculan Islam di sesuatu tempat serta zaman kegemilangan Islam pada masa dahulu. Apa yang lebih istimewa, penulis cuba membawa para pembaca mengelilingi empat benua untuk memahami sejarah penubuhan masjid, mengkaji peristiwa bersejarahnya serta menghayati keindahan senibina masjid yang mana merupakan salah satu ciri keindahan Islam.
Semoga dengan memahami sejarah penubuhan masjid, kita akan lebih bersemangat untuk mengimarahkan masjid dan menjadikannya sebagai tempat penyatuan umat Islam.