• 5278
1

Buku Prima

Kesumat Oleh Fitri Hussin

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kesumat Oleh Fitri Hussin

Kesumat karya Fitri Hussin membawa pembaca mengikuti perjalanan watak-watak yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan. Kisah ini berpusat pada Soraya. Beberapa tahun berlalu sejak hukuman gantung sampai mati ke atas Karim dilaksanakan. Lelaki misteri yang pernah mendatangi pendiri ajaran sesat Kumpulan Panji Hitam itu kini muncul pula kepada Soraya, satu-satunya waris Karim yang masih hidup. Soraya berdepan

Sinopsis Novel Kesumat

Beberapa tahun berlalu sejak hukuman gantung sampai mati ke atas Karim dilaksanakan. Lelaki misteri yang pernah mendatangi pendiri ajaran sesat Kumpulan Panji Hitam itu kini muncul pula kepada Soraya, satu-satunya waris Karim yang masih hidup. Soraya berdepan ujian sihir yang amat hebat oleh sekumpulan bekas orang kanan Karim. Lalu ia dihidupkan semula! Kali ini lebih hebat dan bernafsu besar!

Sejak itu, kegelapan mengganas lagi. Ia mara bagaikan api menjilat hutan kering. Dendam, tipu daya, darah dan rawan seolah-olah tidak mampu dibendung. Umpan-umpan ditabur dan pembunuhan demi pembunuhan dilaksanakan. Negara menjadi huru-hara.

Mampukah Azlan bertahan dengan ujian yang lebih runcing itu? Dapatkah Azlan dan ulamak-ulamak yang masih tinggal di tanah bertuah ini menghalang kemaraan kegelapan itu? Dapatkah mereka menyelamatkan negara ini dari dikuasai oleh hamba-hamba manusia syaitan itu?
Mungkinkah kali ini kebenaran akan ditewaskan oleh kebatilan?

“Datanglah padaku wahai roh yang tenang…” - Lelaki Misteri
“Tolong aku. Bebaskan aku daripada mereka. Buat seperti apa yang disuruh!” –Karim
“Tolong aku…” Soraya.
“Abang tak mahu hidup tanpa kepastian begini…” – Azlan.

Mengapa Perlu Membaca Novel Ini?

  • Gabungan kisah cinta dan thriller.
  • Plot penuh konflik serta debaran.
  • Sesuai untuk pembaca yang mahukan emosi dan suspen.

Genre Novel Kesumat

  • Novel Melayu
  • Romantik Thriller
  • Romantik Melayu

Novel Ini Sesuai Untuk Peminat

  • Peminat novel romantik.
  • Peminat thriller.
  • Pembaca yang sukakan plot tidak dijangka.

Novel Berkaitan Fitri Hussin

  • Sarang
  • Rakus
  • Kau Pertama Aku Kedua
  • Katarak
  • Kabut