• 8604
1

Al-Hidayah

Kesalahan-Kesalahan Dalam Solat Dhuha Yang Membuatmu Tidak Kaya

Regular price
RM 10.00
Sale price
RM 10.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kesalahan-Kesalahan Dalam Solat Dhuha Yang Membuatmu Tidak Kaya

Kesalahan-Kesalahan Dalam Solat Dhuha Yang Membuatmu Tidak Kaya ialah buku karya Agus N. Cahyo yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membincangkan hukum-hakam dan panduan ibadah berdasarkan syariat Islam.

Sinopsis Buku Kesalahan-Kesalahan Dalam Solat Dhuha Yang Membuatmu Tidak Kaya

Apabila diperkatakan tentang solat Duha pasti la dikaitkan dengan kemurahan rezeki dan kekayaan. Namun apa yang utama dalam ibadah ialah ditetapkan niat dan hati kita untuk fokus meraih keredaan dan belas kasih Allah SWT, Bukan semata-mata hanya mengejar fadilat dan kelebihannya sahajah.

Ada juga yang mengeluh, walaupun sudah bertahun mengamalkan Solat Duha namun kehidupan masih ditakuk lama. Rezeki yang dipohon tidak kunjung tiba. Usah bersangka buruk dengan Yang Maha Pemberi Rezeki. Cuba semak dan teliti bagaimana nilai dan kualiti ibadah yang kita lakukan adakah sudah benar-benar betul dan berdasarkan sunnah dan ajaran Nabi S.A.W. Mungkin terdapat kekurangan atau kesilapannya di situ. Atau mungkin itulah dugaan yang kita tempuhi untuk mendapatkan lebih banyak kebaikan dan ketenangan yang akan dikurniakan kelak. Tetapkan ketakwaan dan ikhlaskanlah ibadah kita hanya kerana Allah Azza wa Jalla.

Buku ini membuka helaian baru untuk kita menyemak semula ibadah Solat Duha yang kita amalkan. Adakah peratusan kesempurnaan telah dicapai. Semoga apa yang dihidangkan di dalam buku ini dapat membantu kita untuk meraih keredaan Allah dalam menunaikan ibadah sama ada yang fardu ataupun sunat.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas.
  • Menjadi rujukan dalam kehidupan harian.
  • Membantu melaksanakan ibadah dengan betul.
  • Meningkatkan kefahaman syariat Islam.

Maklumat Buku

  • Penulis: Agus N. Cahyo
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670465456
  • Berat: 0.3 kg
  • Saiz: 5.5 × 8.25

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar agama.
  • Penuntut ilmu.
  • Guru agama.
  • Muslim yang ingin mendalami fiqh.