• 7691
1

Al-Hidayah

Kedudukan Penceroboh, Penderhaka & Mati Syahid Dalam Islam

Regular price
RM 18.00
Sale price
RM 18.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Kedudukan Penceroboh, Penderhaka & Mati Syahid Dalam Islam

Kedudukan Penceroboh, Penderhaka & Mati Syahid Dalam Islam ialah buku karya Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Ustaz Syed Azmi bin Syed Abd Rahman (MA Syariah), Ustaz Mohd AlNurulhuda bin Ghazali Al-Madani (MA Syariah), Dr. Ustaz Abd Wahid bin Salleh Al-Merbawi (Ph.D Bahasa Arab) yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu pembaca memahami asas akidah dan tauhid yang menjadi teras keimanan seorang Muslim.

Sinopsis Buku Kedudukan Penceroboh, Penderhaka & Mati Syahid Dalam Islam

MUTAKHIR ini kita banyak digemparkan dengan peperangan yang berlaku di Timur Tengah yang melibatkan pencerobohan tentera terhadap sesebuah negara dengan tujuan perampasan kuasa dalam menakluk sesebuah negara. Sepertimana yang kita dapat lihat di Syria, tentera-tentera luar telah menceroboh negara tersebut bagi membantu golongan Syiah memerangi ahli Sunnah wal-Jamaah. Dalam pertempuran itu ramai yang telah kembali bertemu Allah SWT, dalam keadaan syahid.

Lebih menyedihkan lagi, Israel laknatullah telah sekian lama menceroboh tanah Palestin dan membuat penempatan mereka secara haram. Kita dapat lihat juga di Mesir berlaku rampasan kuasa pihak yang benar. Perkara ini telah mengundang kemarahan rakyat. Lalu mereka memberontak dengan membakar bangunan-bangunan kerajaan dan berhimpun di tengah-tengah Dataran Tahrir dengan mengadakan demonstrasi bagi menegakkan keadilan terhadap negara mereka. Mereka telah diserang oleh tentera-tentera kerajaan yang zalim. Ramai juga di antara mereka telah syahid.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan apa yang dimaksudkan dengan penceroboh, penderhaka dan juga mati syahid dalam Islam, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, pemahaman masyarakat Islam dalam isu-isu di atas tidak lagi meleset dan pengetahuan mereka dalam isu-isu tersebut semakin meningkat dan matang.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Memahami asas akidah Islam dengan lebih jelas.
  • Menjelaskan perkara berkaitan tauhid dan rukun iman.
  • Membantu memperkukuhkan keyakinan terhadap ajaran Islam.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran agama.

Maklumat Buku

  • Penulis: Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Ustaz Syed Azmi bin Syed Abd Rahman (MA Syariah), Ustaz Mohd AlNurulhuda bin Ghazali Al-Madani (MA Syariah), Dr. Ustaz Abd Wahid bin Salleh Al-Merbawi (Ph.D Bahasa Arab)
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789674392222
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar sekolah agama dan pondok.
  • Penuntut ilmu agama.
  • Guru dan pendakwah.
  • Muslim yang ingin memperkukuhkan akidah.