• 8732
1

Al-Hidayah

Keajaiban Ruqyah Dalam Menyembuhkan Sesuatu Penyakit

Regular price
RM 10.00
Sale price
RM 10.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Keajaiban Ruqyah Dalam Menyembuhkan Sesuatu Penyakit

Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan kepada pembaca yang ingin menambah pengetahuan dalam bidang berkaitan.

Sinopsis

Selain daripada perubatan moden banyak perubatan lain yang menjadi alternatif kepada semua. Bagi umat Islam khususnya perubatan Ruqyah adalah rawatan penyembuhan yang menjadi pilihan. Ini kerana ia selari dengan akidah dan keyakinan umat Islam itu sendiri. Penggunaan bacaan ayat-ayat suci al-Qur’an tanpa menggunakan bahan-bahan yang meragukan malah dijaga dengan rapi pergaulan di antara lelaki dan perempuan mengikut ketetapan Islam.

Banyak perubatan alternatif lain yang menggunakan jampi serapah yang menyeru kuasa-kuasa tertentu atau kuasa mistik untuk menyembuhkan penyakit. Serta meminta pesakit untuk menyediakan pelbagai bahan yang kadang-kadang sukar dan mahal untuk didapatkan. Malah ada juga yang meminta wang pengeras yang banyak. Ini perlu kita hindarkan kerana ada unsur syirik dan penipuan di situ.

Oleh itu dalam Islam telah menyediakan perubatan yang menggunakan ayat-ayat suci al-Qur’an dan doa untuk memohon kesembuhan daripada Allah S.W.T. Ini kerana kita mesti yakin bahawa hanya Allah sahajalah yang memberi kesembuhan untuk setiap penyakit yang diturunkan.