• 7677
1

Al-Hidayah

Karamah Ibu Sungguh Mengagumkan

Regular price
RM 12.00
Sale price
RM 12.00
Regular price
RM 0.00
Secure payments | BBO - Rumah Novel Melayu
Secure payments
Authentic products | BBO - Rumah Novel Melayu
Authentic products

Karamah Ibu Sungguh Mengagumkan

Karamah Ibu Sungguh Mengagumkan ialah buku karya Sulaiman Shaqir, Ust. Saifuddin Aman yang diterbitkan oleh Al-Hidayah. Buku ini membantu proses pembelajaran dan pendidikan melalui penyampaian ilmu yang mudah difahami.

Sinopsis Buku Karamah Ibu Sungguh Mengagumkan

Betapa sebuah dunia ini akan pincang tanpa hadirnya sosok seorang ibu. Dialah ibu, dia jugalah guru, malah dialah yang dengan penuh kasih sayang mengusap manja anaknya menenangkan jiwa dan perasaan. Pelukan keibuannya menawar sejuta keresahan. Dia jugalah seorang chef yang menyediakan masakan paling enak clan berperisa perasaan kasih sayang seorang ibu. Apabila si anak menangis kesakitan dialah doktornya, secara semulajadi memberikan preskripsi penyembuhan mujarab yang penuh dengan kecintaan. Dan dia jugalah seorang penghibur yang hebat mengalukan bait-bait cinta kasih yang membuaikan sehingga anaknya teriena diulit mimpi-mimpi indah. Bagiku tiada adiwira yang sehebat seorang ibu.

Adakah kita sedari betapa besarnya pergorbanan seorang ibu? Saat mengandung anaknya menanggung pelbagai dugaan, apatah lagi saat melahirkan kita. Si anaknya umpama raja atau ratu, memberi perintah dan meminta sahaja, apa yang diinginkan si anak pasti akan diusaha semampunya oleh si ibu. Ketika makannya akan ingatkan si anaknya, bahagian yang paling enak akan ditinggalkan untuk si anak. Ketika tidurnya juga akan ingatkan si anaknya, kalau boleh tiada seekor nyamuk pun boleh menyentuh anaknya. Dan hanya mimpi indah yang akan menghiasi tidur anaknya.

Adakah kita sebagai anak berfikiran sebegitu terhadap ibu kita? Itulah hebatnya karamah seorang insan bernama ibu. Sayangilah dan kasihilah kedua ibu bapa kita.

Mengapa Perlu Memiliki Buku Ini?

  • Membantu proses pembelajaran.
  • Meningkatkan kefahaman sesuatu subjek.
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan.
  • Bermanfaat untuk guru dan pelajar.

Maklumat Buku

  • Penulis: Sulaiman Shaqir, Ust. Saifuddin Aman
  • Penerbit: Al-Hidayah
  • ISBN: 9789670465982
  • Berat: 0.3 kg

Sesuai Untuk Pembaca

  • Pelajar.
  • Guru.
  • Ibu bapa.
  • Institusi pendidikan.